Showing posts with label Famili ANA. Show all posts
Showing posts with label Famili ANA. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Gempak punya rancangan... kalau berminat




Ana bukan saja-saja nak buat cerita

tapi sudah memang itu kenyataannya.

Kalau korang nak tahu

rancangan ni memang

TERBAIK

Sampai orang luar negara pun boleh terima rancangan ni.

Termasuk la orang di Amerika Syarikat

Eropah

dan orang di negara Arab Saudi juga.



Saja je nak letak gambar bersama Puan Jalilah, editor ANIS sebab ada sesuatu persamaan antara kami...


* * *


Jadi korang fikilrlah sendiri

betapa hebat dan gempaknya

rancangan ini kalau sudah boleh diterima oleh negara luar.

Sedangkan

Mat-mat saleh dan Pak-pak Arab ini

bukannya faham bahasa kita

BAHASA MALAYSIA.

Itu yang buat ana bangga-bangga sangat

sebabnya, secara langsung

telah memartabatkan

bahasa kebangsaan kita di mata dunia.


* * *



Rancangan yang ana maksudkan ialah

PROGRAM KHABAR HAJI

hasil kerjasama

ASTRO OASIS

dengan

IQRAA TV

yang berpusat di Arab Saudi.


Wah! Memang Habat

Khabar haji kedua ni

sebab dapat kerjasama dan permintaan

ANTARABANGSA.

* * *




Menjadi daya penarik rancangan ni

ialah pengacaranya terdiri daripada

anak-anak mu yang sangat popular

siapa lagi kalau bukan

IMAM MUDA

Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad

Imam Muda Mohd Khairul Azhar Ghazali

dan penampilan istimewa

Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd

juara Imam Muda.

Mudah-mudahan pemilihan mereka

akan menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci.

Hai... sebenarnya ana rasalah

dengan pemilihan Imam Muda ini membuatkan

ramai mak-mak dan ayah-ayah

yang menonton dirumah tu

jadi CAIR hatinya

sebab berkenankan anak-anak muda mereka

menjadi seperti Imam Muda.

yang pandai segalanya pasal agama.

Fuhhhh!

Bak kata orang...sejuk perut mak mengandungkan dulu.

Mana-mana yang ada anak-anak dara pula

berangan-angan untuk jadikan mereka menantu pun ada.

Begitulah kalau orang yang beragama dan mempunyai budi pekerti tinggi

semua orang suka.


Kadang-kadang tu akan terkeluar juga gambar suami ana dikaca tv .... tu buat tertunggu-tunggu rancangan Khabar Haji ini.

* * *

OK

jangan lupa saksikan 15 episod rancangan

KHABAR HAJI

setiap jam 10 malam bermula 7 - 21 November 2010.

Di ASTRO OASIS (SALURAN 106)

Segmen yang akan disajikan ialah

BERITA

BINGKISAN

LAPORAN KHAS

SIDANG TELEFON

AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT

termasuk yang berasal daripada Malaysia

ZIARAH

dilokasi menarik seperi Percetkan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah

dan BANYAK LAGI.

* * *

Diantara banyak-banyak segman tu

yang telah menarik perhatian ana ialah

SEGMEN SIDANG TELEFON

Sagmen SIDANG TELEFON ni adalah antara jemaah haji

dari Tanah Suci dengan keluarga yang ditinggalkan di tanah air.




Yang menjadikan ana

menarik dan tertarik

sebab ana telah menjadi pembuka tirai

dalam episod pertama.

Sebenarnya malu teramat sangat,

tetapi difikirkan demi untuk kerja Islam

perasaan itu berjaya dikawal.

Alhamdulillah...

Mudah-mudahan dengan memudahkan urusan kerja krew Khabar Haji

Allah akan permudahkan segala urusan

dan perjalanan perjuangan ana.


* * *


Sesiapa yang terlepas menonton pada jam 10 malam

jangan bimbing kerana ada siaran ulangannya

jam 7 pagi dan 12 tengahari keesokkan harinya.


ALHAMDULILLAH

Jumlah rating penonton KHABAR HAJI

dari sehari ke sehari sentiasa meningkat.

Episod 1 = 39K

Episod 2 = 49K

Episod 3 = 115K

Mudah-mudahan rancangan ini menjadi

program pilihan seisi keluarga.

Amin.

Monday, November 8, 2010

Kemaruk CINTA...

Hatiku sebak,

sayu + terharu
tersentuh
dek kamaruk cinta mereka.
Lantas mereka telah mendayung laju
dalam derap perjuangan yang cukup mencabar.
Lalu tunduk sujud
menagih cinta Ilahi.
Lantas
melupakan kepentingan peribadi
demi mengapai pandangan-Mu Ya Allah.

* * *

Dipendekkan cerita...

yang
sangat top hari


itu
telah mendapat balasan daripada sahabatnya.
Semoga kongsi rasa perasaan mereka
dapat memberi panduan
dalam meniupkan roh perjuangan Islam
di dalam diri kita.
Mudah-mudahan Islam terus berkembang,
laksana bunga ditaman
yang berkembang mekar
harum mewangi seluruh alam.
Amin.


* * *
Assalamualaikum,

Salam kepada sahabat ku dunia dan akhirat,
Cikgu Haji Abu Hasssan Morad,
walaupun saya jauh dari pusat bumi
dan tanah suci bermulanya tamadun manusia,
Cikgu tetap sentiasa saya doakan
agar berada dalam keadaan
di redhai Illahi.




Walaupun doa saya disini

tidak lah semulia doa yang

dipanjatkan Cikgu di depan Kaabah

namun saya berharap Allah

tetap akan memakbulkan permintaan,

Insyallah agar semua

rakan dan taulan saya yang sibuk

menyiapkan program Khabar Haji ini

berada dalam lindungan Maha Pencipta.


Saya terlalu tersentuh

dengan kata kata indah

lagi penuh bermakna

yang di paparkan kepada saya oleh Cikgu.

Namun,

apapun keputusan yang saya buat

untuk melantik Cikgu

dan sahabat sahabat saya di Layar Consult

untuk tugasan berat

ini adalah berdasarkan hidayah dan petunjuk Allah.



Puji lah Allah sepuas puasnya

dan berterima kasih kepada Allah.

Saya hanya hamba kerdil

yang mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya

untuk melantik Cikgu dan semua di Layar Consult.



Rezeki di tangan Allah,

begitu juga dengan Imam Muda,

saya sudah merasai dari awal lagi

mereka bakal mennggalkan impak besar

dan mampu meringkan beban Cikgu,

Hjh Nurjannah dan rakan2 di Mekah.




Saya berterima kasih kepada Allah

dikurniakan ilmu 'BRANDING' ini.

Ilmu BRANDING ini menjadi ketara

bila kita melihat sesuatu

dengan 'MATA HATI'

dan bukan dengan mata hasad.


Insyallah saya doakan

Allah mengurniakan ilmu yang sama

kepada cikgu agar kita sama sama berdakwah

secara halus mengunakan pendekatan BRANDING ini.




Akhir sekali

saya sujud kepada Illahi

agar segala

yang kita rancang

bakal mendapat rahmat ALLAH.

Pandangan Allah terlalu penting bagi saya

dari pandangan manusia dan hambanya.

Manusia macam mana puas sekalipun

tetap sukar untuk bersyukur

malah silap haribulan

akan melatah kepada kita,

ALLAH tidak begitu.

dan teruskan tujuan kita Cikgu.

Ameeen.



Sekian.


Haji Izelan Basar










Sunday, November 7, 2010

Popular ke?



Fuhhh!

Teruja betul ana

sebab berada ditangga 1

dalam carta Geng Blogger semalam.



Siapa sangka

artikel ana bertajuk


telah mencatatkan

entri paling popular.




Tak PERCAYA?

Jom tengok..




Tentu ada kawan-kawan yang tidak tahu
tapak apakah ini, bukan?

Inilah la tempat
komuniti untuk para blogger
berkumpul di alam maya
setelah geng blogger ping entry blog mereka.



Sebenarnya entry itu bukannya sentiasa ditempat pertama.




Sentiasa berubah-ubah...

sekejab turun ditempat kedua,

ketiga

kemudian naik semula di tempat pertama.



Tambahan pula apabila

ada update entry blog yang terbaru

bisa mengugat kedudukan apabila

tajuknya

sangat sensasi.

* * *

Tak kisahlah...

Sebenarnya apa yang lebih penting

segala catatan ana itu

dapat ana jadikan

pengingatan dan iktibar

kepada diri ana sendiri

dan sesiapa sahaja

yang sudi untuk membacanya.

Sekian.