Showing posts with label Famili ANA. Show all posts
Showing posts with label Famili ANA. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Membawa Jiwa Hamba Ke Tanah Suci


Kita merancang tetapi Allah menentukannya... begitu juga dengan peluang untuk mengunjungi Tanah suci. Percaya atau tidak, memang ada kebenarannya bahawa peluang mengunjungi Tanah Suci adalah atas jemputan Allah. Jika `belum sampai seru', ertinya Allah belum jemput bertemu maka akan ada sahaja `aral' yang melintang. Adakalanya kerana belanja belum cukup, atau sibuk dan belum ada kelapangan masa. Mungkin juga kerana kesihatan tubuh badan sering terganggu. Hakikatnya tanpa panggilan Allah menjadi tetamu-Nya, sekalipun telah cukup belanja, berkelapangan masa dan sihat tubuh badan maka seseorang itu tidak akan dapat berkunjung ke sana.
Begitu juga dengan suamiku Mohd Nor Rafuzi bin Ahmad Razali, siapa sangka dapat pergi lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan ketika mendaftar di Tabung Haji dulu. Walaupun semuanya bagaikan satu kejutan, dia tetap bersyukur kerana telah mengikuti kelas dan kursus haji di Masjid Al Amin, Mebau Sempak, Sungai Buluh, Selangor pada tahun lalu.

9 Oktober 2010 - Berangkat ke Tanah Suci


Lebih kurang jam 4 pagi suamiku dan rakannya Khairulzani Abdullah telah bersiap sedia di Astana Karya, pejabat Galeri Ilmu Sdn Bhd untuk bertolak ke Komplek Haji Kelana Jaya.



Sebelum memulakan perjalanan... doa telah dipanjatkan kepada Ilahi agar perjalanan ini dipermudahkan dan diredai oleh-Nya.



Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad Kamil membaca doa dan melaungkan azan.


Yang turut mengiring MNR ke Komplek Haji Kelana Jaya ialah En Yusri Yusuf, Imam Muda Ahmad Hazran, En Zakaria Sungip, En Husin Omar, Puan Aina dan Puan Aida.


Apa kes ni? Ada barang tertinggal ke?


Ooo! Rupanya nak satukan semua barang dalam beg besar je.


Memastikan kemera sentiasa dalam keadaan baik adalah suatu perkara yang penting bagi seorang jurufoto.


Suasana di Komplek Haji Kelana Jaya.


Diruang legar bangunan Komplek Haji Kelana Jaya, team Khabar Haji sedang membuat lintas langsung untuk progam `Khabar Haji'.


Imam Muda Mohd Khairul Azhar dan Imam Mada Ahmad Hazran Ahmad Kamal menjadi host untuk program Khabar Haji.


Program Khabar Haji Live dari Tanah Suci bemula 1 Zulhijjah hingga 15 Zulhijjah 1431.



Wah! Ramai juga peminat Imam Muda Mohd Khairul Azhar.


Dalam kesibukan masih sempat untuk melayan peminat-peminatnya.


Pada perancangan awal, jadual penerbangan krew Imam Muda Ahmad Hazran adalah pada 9 Oktober bersama MNR dan Khairulzani. Tetapi telah ditunda pada tarikh 16 Oktober 2010.


Pada tahun ini 8 orang staf Layar Consult berpeluang untuk mengerjakan haji sekali gus terlibat sebagai krew Program Khabar Haji.


Imam Muda Hazran dan Imam Muda Khairul Azhar serta Puan Nur Jannah Salleh mewakili krew dari Astro Oasis.



MNR telibat sepenuhnya untuk projek Buku Kenang-kenangan Haji 1431 Hijrah untuk Lembaga Tabung Haji. Lambaian terakhir MNR sebelum menaiki KT3.


Bag MNR sedang discan


Khairulzaini Abdullah, krew Layar Consult turut menaiki KT3.


Suamiku Mohd Nor Rafuzi melangkah dengan penuh keyakinan.


Pemeriksaan...


den sekatan...


harus dilalui...


...sebelum memasuki KT3.


Selamat jalan sayang...


Selamat bertugas...


dan menunaikan haji rukun Islam ke lima.


Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin,

Ya Allah, hamba-Mu datang.
Hamba-Mu datang, Ya Allah.
Hamba-Mu datang menyahut
panggilan-Mu.
Ya Tuhan, hamba-Mu datang
menyambut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala pujian,
nikmat
dan kekuasaan
adalah kepunyaan-Mu.
Dan tidak ada
sekutu bagi-Mu.


Keretan Akhbar
mStar Online

Utusan Malaysia Online

Friday, November 20, 2009

Nostalgia

Ini adalah sebahagian daripada rumah arwah datuk. Bahagian lain mungkin telah diguna pakai papannya sebab papannya masih elok (pernah diganti dengan papan baru) dibanding di bahagian hadapan rumah. Yang tinggal hanya rumah di bahagian tamu sahaja.


Di bawah rumah tu... tempat arwah datuk jemur getah keping. Di situ juga tempat saya adik beradik bermain. Jika duduk di bawah rumah, saya terasa rumah datuk tersangatlah tinggi.


Setelah sekian lama ditinggalkan... kemudian datang kembali ketempat ini... Semuanya sudah berubah sebab sekarang rumah tersebut sudah setinggi saya pula dan saya sudah boleh mencapai lantai bawah rumah itu.


Tempat jatuh lagikan dikenang.... ya memang benar kerana di tangga yang tinggi inilah di suatu masa dulu saya pernah jatuh terguling dari anak tangga atas sehinggalah ke anak tangga batu di bahagian bawah. Kesan jatuh masih lagi berbekas dimana tengkorak kepala saya telah retak dek terkena bucu anak tangga tersebut. Alhamdulillah... tidak mendatangkan masalah kepada diri saya dan yang penting sekali akal fikiran tetap waras hingga kini. Bersyukurlah...

Suatu masa dahulu, di tingkap ini tempat menjadi kegemaraan kedua-dua arwah. Di tingkap disebelah kiri tempat arwah datuk duduk dan di tingkap sebelah kanan tempat arwah nenek duduk bersembang sesama mereka. Jika dari luar kelihatan kepala mereka sahaja.

Masih saya ingat... pada tahun 1973 bapak sudah berhenti kerja menjadi askar British dan kembali semula ke Malaysia. Bapak telah menyewa rumah bersebelah dengan rumah arwah datuk ini. Oleh kerana itu... jika bapak tiada di rumah... arwah nenek dan datuklah yang akan pantau kami dari tingkap ini.

Inilah antara wajah ibu-ibu yang pernah berjasa dalam hidup saya.... Mak Lang, Mak Andak dan Mak Jang.



Rupa ruang tamu yang telah ditinggalkan... Inilah sudut menjadi kegemaraan arwah datuk suatu masa dahulu. Oleh kerana itu saya adik beradik tidak berani hendak usik barang kepunyaan arwah di sekitar tempat ini. Tak tau la... cam mana pula katil ni ada di ruang tamu.

Suatu ketika dahulu, saya pernah tangkap gambar di sudut ini. Di belakang dari kiri gambar Kak Teh, Su, Mak Su dan Mak Teh. Depan gambar saya dan Kak Ani.

Belakang sekali gambar Pak Cik So'od dan Noji. Tengah gambar anak buah arwah datuk, Mak Su dan Saya. Duduk gambar Ani dan Zura.

Inilah pandangan dari dalam ruang tamu... ditingkap disebelah kiri tempat arwah nenek selalu duduk dan tingkap sebelah kanan tempat arwah datuk. Jika arwah nenek selesai kerja pasti akan duduk di tepi tingkap ini sambil bersembang dengan arwah datuk....



Suatu masa dahulu... rak ini dipenuhi dengan buku-buku.


Antara bahagian yang ditebuk anai-anai.

Bergambar dijalan menuju ke rumah datok...Zura, Ani, Yan dan saya sedang mendukung Noji...

Gambar Yan, Zura, Ani, Kak Long Shafizah, Noji dan dibelakang mereka saya la... Gambar ini diambil pada tahun 1982, ketika itu saya menuntut di tingkatan enam. Ketika ini saya sekeluarga tidak lagi duduk disini sebab sudah berpindah ke Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.

Semua itu tinggal kenangan... semakin kabur di ingatan dan satu demi satu hilang dari kehidupan ditelan oleh perjalanan masa dan zaman. Masih banyak persoalan yang belum sempat saya tanya. Namun yang telah pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Semoga mereka sentiasa aman dan damai di dalam sana. Al Fatihah.

Sunday, August 30, 2009

Di Kelana Sentral Concourse

Diatas pelawaan Che Am Raihan... kami sekeluarga telah berpeluang ke Bufet Ramadhan di Kelana Sentral Concourse, Kelana Jaya.

Lebih menyeronokkan apabila Su adik bongsu saya dan keluarga turut serta bersama ibu tersayang.

Kawan saya ... Aida Julia dan Norhashimah Rahman juga datang bersama keluarga masing-masing. Kak Yan pula datang bersama Maizurah kenalan saya ketika sekolah dulu.

Lama sungguh terputus hubungan dengan mereka. Rupanya kini mereka menetap di Kuala Langat dan sudah mempunyai 11 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Maizurah dan suaminya merupakan kawan sekelas kepada Mak Su saya.

Satu kejutan buat Siti Juwairiah anak saya yang ke 6 telah dijemput kepentas kerana kumpulan nasyid Saujana hendak meraikan harijadinya yang ke 15. Ummu Asilah pula mendapat cabutan bertuah dan mendapat cenderamata CD Raihan.

Sofian dari kumpulan Saujana dan Jef beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kumpulan nasyid Saujana membuat persembahan pada malam ini. Rupanya artis nasyid yang lain juga turut mengambil bahagian membuat persembahan di sini diantaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dll.

Bufet Ramadhan yang disediakan sungguh menyelerakan. Sesiapa yang berminat hendak merasa sajian arab dan cina muslim silalah datang ke Kelana Sentral Concourse.

Tengok Abu Huzaifah ... makan sampai tak pandang kiri kanan. Sebenarnya Abu sampai lewat sebab tersesat jalan walaupun suatu masa dulu dia pernah kerja kat Kelana Jaya ni. Ini disebabkan Kelana Sentral Concourse ni kedudukannya agak tersorok sikit.