Showing posts with label ANAlah Asy-Syam. Show all posts
Showing posts with label ANAlah Asy-Syam. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Ziarah Ramadan 2 - Siri 2 - Kenangan di dalam Keretapi Senandung Langkawi


Sebelum menjelang raya korban 
ana dan dua orang anak yang lain
telah nekat untuk balik KKB naik KTM sahaja.
Terpaksa buat begitu 
sebab anak-anak yang bersekolah hanya dapat cuti 
pada hari raya.... 
ya hanya satu hari sahaja.
Oleh kerana itu Encik suami kena tunggu mereka.
Bestnya... 
sebab luar dan dalam KTM lengang gila.
Mungkin ramai tidak balik kot.


Sepanjang dalam keretapi
sudah tentulah
ana terkenangkan rakan-rakan media 
ketika mengikuti 
Program  Ziarah Ramadan 2
yang telah diadakan pada
18 Julai hingga 21 Julai 2013 yang lalu.



Program ini telah ditaja oleh Buraq Oil 
dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
dan Tourism Malaysia.


Di dalam keretapi kami telah ditempatkan
 dalam koc even
yang tiada kerusi.
Bermakna koc tersebut lapang sahaja
untuk membolehkan melakukan aktiviti.solat berjemaah
di dalam keretapi.



Inilah pengalaman pertama ana solat di atas keretapi.
Nampak mudah tetapi agak mencabat juga.



Bayangkan bagaimana keadaannya jika anda solat 
dalam keadaan bergegar seumpama
gegaran gempa bumi....



Sudah tentulah kita akan sedaya upaya untuk
  mengimbangkan badan kita untuk mengelakkan diri
daripada jatuh tersungkur.
Ya...
itulah pengalaman yang ana alami
walaupun solat dalam keadaan duduk
kerana
keadaan keretapi sentiasa bergegar.
Namun begitu pengalaman
ini sangat bermakna buat ana.



Selesai solat tarawikh hidangan bungkusan makanan
pula diedarkan.


Rupaya moreh juga disediakan 
setelah selesai solat tarawikh.



Rezeki jangan ditolak...



Nasi lemak panas pun ada...



Allahuma bariklama fimarazaktana wakina azabanar.



Bismillah
Jom makan...



Yang paling menarik sekali ialah
aktiviti ibadah di dalam keretapi
telah dirakam oleh krew  TV3.



Ianya telah tersiar di dalam Buletin Utama jam 8 
keesokan harinya.






Kini sesi beramah mesra pula.



Man Raja Lawak juga hadir dan turut serta 
dalam pengagihan kurma di dalam keretapi.




Disebalik tabir ini sebenarnya
ada katil dua tingkat dan tempat penumpang-penumpang  KTM tidur.


Dj Nini dari TV1 pun ada...



Dj Nini bergabung dengan Man Raja Lawak
memang telah
menceriakan suasana.




Agaknya pakcik ini mungkin rasa
seperti bermimpi apabila
Man Raja Lawak mengejutnya untuk  bersahur.


Termasuklah se kecil ini
Walaupun tidak mengenali siapa
yang mengganggu tidurnya sebentar tadi.
Namun tiada rengitan dan tangisan
kedengaran.




Bersama wartawan TV3 yang rasa terkilan
kerana tidak dapat turut serta
program ke Kedah kerana terpaksa bertugas.



Sebenarnya banyak lagi 
kenangan di dalam
Keretapi Senandung Langkawi ini.
Namun biarlah dahulu keretapi ini
membelah malam sunyi  yang gelap pekat
menuju ke Kedah.

Ana akan catat lagi kenangan itu nanti agat tidak hilang begitu sahaja.
Insya-Allah 

Monday, August 26, 2013

Reunion Geng Pergi Kedah Buraq Oil


Ramadan telah berlalu dan masuk pula bulan Syawal.
Alhamdulillah banyak pengalaman yang menarik
pada Ramadan kali ini.
Antaranya ialah berpeluang bersama 40 media  dalam
Program Ziarah Ramadan 2 
anjuran Buraq Oil, Tourism Malaysia dan KTMB,

Insya-Allah pengalaman tersebut akan ana catitkan
 dalam siri-siri akan datang, agar ianya tidak hilang begitu sahaja.

Yang paling menarik sekali ialah
perkenalan kami selama tiga hari itu 
alhamdulillah berkekalan sehingga sekarang.
Sehingga wujudnya reunion geng pergi Kedah Buraq Oil.

Perjumpaan yang terbaru dalam bulan Syawal ialah di 
NZ Garden berhampiran dengan KLCC 
pada 21 Ogos 2013.


Ana bersama Iiman Khair wakil watarwan Anis 


Geng Ustazah - 

Ketika kami mengikuti program Ziarah Ramadan 2, 
Ana, Iiman dan Farhana (wakil watarwan Asuh) telah dikenali sebagai geng Ustazah.
Manakala geng Man Raja Lawak pula dikenali sebagai geng huru-hura.

Kedua-dua geng ini sering bersama walau kemana.
Sebab itulah ukhwah kami sangat rapat sekali sehingga kini.


Man Raja Lawak antara yang hadir dan Zaharin Mohd Nor daripada BERNAMA.

"Aku lebih menyesal jika tidak pergi, walaupun pada pemulaanya aku fikir kenapalah aku boleh pergi  program macam ini yang sudah tentulah penuh dengan aktiviti keagaman yang akan solat berjemaah, solat malam dan seumpamanya,," kata Man Raja Lawak.
"Geng dengan korang memang best la 
dan aku sedikit terkilan 
sebab tidak dapat bersama sehingga hari yang terakhir 
sebab aku ada show di Jokjarkata," 
sambung  Man lagi.

                     
Iimaan Khair dan Dj Ninie Ibrahim yang bertugas
 di Radio Malaysia KL.fm 97.2 dan TV1 RTM (Astro 180)

"Saya telah mengikuti macam-macam program sebelum ini...
 dan ada yang memakan masanya lebih lama lagi.
Tetapi program anjuran Buraq Oil ini lain dari yang lain 
sebab ikatan ukhwah antara kami sangat erat. 
Saya sentiasa rindu nak jumpa korang lagii .
Sehingga wujud reunion geng pergi Kedah Buraq Oil," 
kata Dj Nininie pula,

"Terus terang saya katakan, 
pada mulanya saya memang segan
hendak tegor geng ustazah ni. 
Maklumlah korang pakai tudung dan ada yang tutup muka pula. 
Sedangkan saya tidak bertudung lagi...
Sebelum ini, 
saya ada juga berkawan dengan orang macam kamu.
mereka memang tidak akan layan jika orang macam saya hendak 
berkawan rapat dengan mereka.
Tetapi setelah berkenalan dengan korang yang mudah mesra 
dan sangat okay 
saya pun sukal angat  berkawan dengan kamu semua,"
kata Dj Nininie lagi.


Sebelah DjNinie Ibrahim. ialah Nizuan Hanaffi.daripada BERNAMA.


Nor Effendy berbaju hitam belang putih juga dari  BERNAMA


Sebenarnya bukan kesemua 40 media yang menyerti program ziarah 2
 sangat rapat antara satu sama lain.
Pada pendapat ana, semuanya bergantung pada niat masing-masing.
Kemungkinan ada di antara mereka 
yang datang hanya untuk selesaikan tugas yang diberi, 
oleh sebab itu mereka hanya fokus 
kepada kerja yang telah diamanahkab sahaja.




Akhir sekali ana ucapkan terima kasih
kepada suami ana yang sentiasa setia menemani 
kemana sahaja ana pergi.
Tanpanya
ana tidak akan sampai di sini.
Syukran suamiku..



Sunday, April 21, 2013

Kisah "Madinah Asia"

Kisah ana dan sahabat yang telah berkunjung ke Singapura senpena menaut cinta ukhuwah di Majlis Maulid & Haul Habib Muhammad Salem Al Attas telah tersiar di dalam Majalah Anis Mei 2013 dan Q&A Bil 17.
Kalau hendak tahu apa kisahnya.... kenalah dapatkan majalah ini di pasaran.











Friday, November 20, 2009

Nostalgia

Ini adalah sebahagian daripada rumah arwah datuk. Bahagian lain mungkin telah diguna pakai papannya sebab papannya masih elok (pernah diganti dengan papan baru) dibanding di bahagian hadapan rumah. Yang tinggal hanya rumah di bahagian tamu sahaja.


Di bawah rumah tu... tempat arwah datuk jemur getah keping. Di situ juga tempat saya adik beradik bermain. Jika duduk di bawah rumah, saya terasa rumah datuk tersangatlah tinggi.


Setelah sekian lama ditinggalkan... kemudian datang kembali ketempat ini... Semuanya sudah berubah sebab sekarang rumah tersebut sudah setinggi saya pula dan saya sudah boleh mencapai lantai bawah rumah itu.


Tempat jatuh lagikan dikenang.... ya memang benar kerana di tangga yang tinggi inilah di suatu masa dulu saya pernah jatuh terguling dari anak tangga atas sehinggalah ke anak tangga batu di bahagian bawah. Kesan jatuh masih lagi berbekas dimana tengkorak kepala saya telah retak dek terkena bucu anak tangga tersebut. Alhamdulillah... tidak mendatangkan masalah kepada diri saya dan yang penting sekali akal fikiran tetap waras hingga kini. Bersyukurlah...

Suatu masa dahulu, di tingkap ini tempat menjadi kegemaraan kedua-dua arwah. Di tingkap disebelah kiri tempat arwah datuk duduk dan di tingkap sebelah kanan tempat arwah nenek duduk bersembang sesama mereka. Jika dari luar kelihatan kepala mereka sahaja.

Masih saya ingat... pada tahun 1973 bapak sudah berhenti kerja menjadi askar British dan kembali semula ke Malaysia. Bapak telah menyewa rumah bersebelah dengan rumah arwah datuk ini. Oleh kerana itu... jika bapak tiada di rumah... arwah nenek dan datuklah yang akan pantau kami dari tingkap ini.

Inilah antara wajah ibu-ibu yang pernah berjasa dalam hidup saya.... Mak Lang, Mak Andak dan Mak Jang.



Rupa ruang tamu yang telah ditinggalkan... Inilah sudut menjadi kegemaraan arwah datuk suatu masa dahulu. Oleh kerana itu saya adik beradik tidak berani hendak usik barang kepunyaan arwah di sekitar tempat ini. Tak tau la... cam mana pula katil ni ada di ruang tamu.

Suatu ketika dahulu, saya pernah tangkap gambar di sudut ini. Di belakang dari kiri gambar Kak Teh, Su, Mak Su dan Mak Teh. Depan gambar saya dan Kak Ani.

Belakang sekali gambar Pak Cik So'od dan Noji. Tengah gambar anak buah arwah datuk, Mak Su dan Saya. Duduk gambar Ani dan Zura.

Inilah pandangan dari dalam ruang tamu... ditingkap disebelah kiri tempat arwah nenek selalu duduk dan tingkap sebelah kanan tempat arwah datuk. Jika arwah nenek selesai kerja pasti akan duduk di tepi tingkap ini sambil bersembang dengan arwah datuk....



Suatu masa dahulu... rak ini dipenuhi dengan buku-buku.


Antara bahagian yang ditebuk anai-anai.

Bergambar dijalan menuju ke rumah datok...Zura, Ani, Yan dan saya sedang mendukung Noji...

Gambar Yan, Zura, Ani, Kak Long Shafizah, Noji dan dibelakang mereka saya la... Gambar ini diambil pada tahun 1982, ketika itu saya menuntut di tingkatan enam. Ketika ini saya sekeluarga tidak lagi duduk disini sebab sudah berpindah ke Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.

Semua itu tinggal kenangan... semakin kabur di ingatan dan satu demi satu hilang dari kehidupan ditelan oleh perjalanan masa dan zaman. Masih banyak persoalan yang belum sempat saya tanya. Namun yang telah pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Semoga mereka sentiasa aman dan damai di dalam sana. Al Fatihah.