Sunday, March 21, 2010

Adakah kita rela digelar Si Tanggang?


“Marilah kita merenung sejenak dan bertanya kepada diri sendiri apakah kita malu digelar Kerinchi? Lihatlah orang-orang Asli di dalam hutan dan mereka-mereka yang berjaya sehingga kini masih berbangga dengan keturunan mereka dan begitu juga dengan bangsa Cina. Adakah kita lebih rela digelar Si Tanggang dari digelar Kerinchi?

"Ingatlah, tanpa nenek moyang, kita bukan sahaja tiada di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiada wujudnya Kampung Kerinci, Kampung Abdullah Hukum, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia. Tidakkah kita terasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan sahaja setakat tanah dan pulau tetapi juga keturunannya,” kata Tuan Haji Mohd Taufik Haji Yahaya, Pengerusi Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor ketika berucap dalam Mesyuarat Agung PAKHS di Dewan Serbaguna / Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada 13 Mac 2010 yang lalu.


Tuan Haji Mohd Taufik juga menyeru dan mengharapkan sokongan dari semua saudara-saudara Kerinchi di seluruh Malaysia untuk turut serta dalam mempertahankan serta menghidupkan kembali kemasyhuran masyarakat atau kaum Kerinchi Malaysia sebelum ia hilang dek zaman dan generasi baru yang langsung tidak mengenali apa itu Kerinchi. Untuk menjayakan amanah ini masyarakat Kerinci perlulah berganding bahu melalui persatuan PAKHU agar dapat menjayakan amanah dan cita-cita tersebut. Bak kata perpatah `Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh' dan `Sepakat membawa berkat'.
Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Agensi Antidadah Kebangsaan Hulu Selangor telah merasmikan mesyuarat kali ke 2 ini.


Turut hadir ialah Ketua, Jabatan Kesusasteraan Melayu UPSI, Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd. Rosli b. Saludin. Walaupun beliau bukan orang kerinchi tetapi sangat berminat untuk membuat penyelidikan mengenai identiti etnik Kerinchi. Beliau juga berhasrat untuk mengadakan Seminar Asal Usul Kerinchi pada bulan Oktober 2010. Oleh itu beliau sangat mengharap agar orang Kerinchi dari seluruh Malaysia akan memenuhi dewan UPSI itu kelak. Mudah-mudahan kehadiran orang Kerinchi lebih ramai dan dapat mengalah kehadiran suku etnik lain yang telah memenuhi dewan UPSI sehingga seramai dua ribu orang.
Barisan AJK PAKHU sesi 2009 -2010 bergambar kenang-kenangan sebelum bermulanya perlantikan AJK baru.

Setalah pembubaran AJK lama, sekali lagi ahli PAKHS telah sebulat suara agar melantik semula AJK lama untuk sesi 2010 - 2011.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Keluarga Othman dari kiri Mak Su, Mak Jang dan Mak Teh.


En Amran bin Mad, Pengerusi Majlis PAKHS.


Wasi kepada Keluarga Othman yang berkopiah putih juga hadir.


Bergambar kenang-kenangan dengan sebahagian ahli PAKHS.



TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Alhamdulillah anak-anak juga telah turut serta dalam mesyuarat kali ini.

Yang menariknya... setelah mendengar penerangan dan sejarah Kerinchi mereka sudah tidak malu untuk mengaku 'kami anok kincai'.

Malah Nurul Hasifah binti Mohd Nor Rafuzi telah memberanikan diri untuk kehadapan dan menyuarakan pendapatnya. Ini telah membuat Haji Mohd Taufik Haji Yahaya, Pengerusi PAKHS telah berminat untuk melibatkan Cik Nurul Hasifah dalam PAKHS sebagai wakil belia anak Kerinchi. Tahniah di atas keberanian Cik Nurul... harap Cik Nurul dapat membuat sesuatu dan memberi sumbangan kepada persatuan terutama sekali mengajak orang Kerinchi terutama kaum belia untuk sama-sama berusaha mengembalikan sejarah kegemilangan kaum Kerinchi di Malaysia.


6 comments:

bro.matt said...

tahniah...majau kincai!!!
ingin turut serta dlm perhimpunan org kincai di UPSI tu..kalau boleh war2kan perhimpunan tu kat FB uhang kincai spt cucu cicit tok kerinci,kerinchi malaysian fans,kerinchi in malaysia..

Unknown said...

terima kasih bro.matt... Jangan lupa daftar jadi ahli Persatuan Anak Kerinchi agar visi PAKHS hendak menubuhkan PERSATUAN ANAK KERINCHI PERINGKAT NEGERI SELANGOR dan PERSATUAN ANAK KERINCHI MALAYSIA pada tahun 2013 dapat dilaksanakan.

de_kerinchi said...

salam ....

saya anak kerinchi... bukan si tanggang.. ;-)

Unknown said...

salam...
saya tahu tuan anak kerinchi jati... sebab nama pun de_kerinchi. Jom join jadi ahli persatuan kerinchi.

Hisyam said...

Saya anak kerinci ... lahir di kalumpang dan menetap di bangi ... so mcm mana nak jadi ahli persatuan anak kerinchi Hulu selangor

cucurajakongsai said...

Tahniah,moga2 hajat dan hasrat pakhs ini dimakbulkan.W/pun saya ada darah arab+kerinci,tp mengaku anak kerinci.Saya,adik-beradik,ibubapa lahir dikota Malaysia tp bertutur dlm bahasa kerinci dlm keluarga,tak malu pun....saya akan ceritakan pd puan salasilah klrg,saya akan email kan.