Ketika aku kecik-kecik dulu... masa tu arwah datuk (Othman bin Haji Khalid) dan nenek masih hidup... kami sekeluarga pasti akan berkumpul... sekurang-kurangnya setahun sekali yang pastinya apabila menjelangnya hari raya. Tetapi semenjak datok dan nenek meninggal... tiada lagi perhimpunan keluarga. Cuma setakat ziarah menziarahi saja. Kadang-kadang ketika ziarah itu belum tentu semua ahli keluarga ada di dalam rumah tu. Itulah pasal... sesekali jumpa tak kenal anak sapa sebab dulu ketika jumpa kecik je... sekarang dah besar.
Gambar ni diambil ketika di majlis perkahwinan anak saudara Pak Teh di Taman Keruling, Rasa... ketika cuti sekolah pada bulan Mei. Sebenarnya ketika ni masing-masing perut dah kenyang sebab kami baru je makan kenduri Pakcik Mahmud di depan rumah bapak. Gitu juga Mak Teh, dia kata kat rumah dia pun ada kenduri gak. Yang penting sekali kita menunaikan jemputan orang.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain adalah sebanyak enam perkara: Apabila engkau berjumpa hendaklah memberi salam kepadanya, apabila dia menjemput hendaklah diterima jemputannya itu, apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia, apabila dia bersin dan memuji Allah maka hendaklah engkau doakan pujian itu dengan berkata Yarhamkallah, apabila dia sakit lawatilah dan apabila dia meninggal dunia iringilah jenazahnya."
No comments:
Post a Comment