Monday, July 6, 2015

AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN - Ustaz Muhadir bin Haji Joll

بسم الله الرحمن الرحيم
AMALAN UMUM :
a) Sebolehnya beri’tikaf.
b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.
c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.
d) Makan sedikit waktu iftar .
e) Solat fardhu berjemaah.
f) Solat Rawatib dan Nawafil.
g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.
h) Bersedekah.
i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.
j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan :
1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)
3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)

AMALAN KHUSUS:
PAGI:
1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat .
2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.
3- Sebelum naik matahari baca :
i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)
iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)
4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.

TENGAHARI:
1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.
2- Ratib al-Aththos.
3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)

PETANG:
1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.
2- Hizb al-Bahr.
3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)

MAGHRIB:
1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa .
2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.
3- Solat sunat Awwabin.
4- Ratib al-Haddad.

ISYA’:
1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.
2- Solat Tarawih dan Witir.
Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar :
Bermula pada pukul 12 tengah malam:
1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian.
2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.
3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
4- Membaca Al-Qur’an.
5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)
6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)
8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)
9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)
11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
12- Ayat Al-Kursi. (3x)
13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.
14- Al-Wird al-Lathif.
15- Membaca doa khusus .
16- Solat Lailatul Qadar .
17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah .



LAMPIRAN:
(A):
Sebelum berdoa bacalah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Sebelum berselawat bacalah:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya .

(B):
Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:
1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat: 
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”

Fadhilat: 
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي 

مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”

Catatan:
Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”

(C):
Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:
1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)
2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)
3- يَا كَرِيمُ (1x)
4- Doa:
اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.
“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”
Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):
Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:
Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).
Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21 .
Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu .

Tanda-tanda:
1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.
2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya .
3- Anjing tidak menyalak .

(E):
Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”
Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab .

(F):
Solat pada malam berlakunya Lailatul Qadar
Lafaz niat:
أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.
Solat pada malam 27 Ramadhan .
Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

Rujukan:
Bahasa Arab:
Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.
Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.
Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.
Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.

Kitab Jawi:
Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.
Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.
Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.
Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.

Bahasa Melayu:
Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.
Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.

Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.
Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.
Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.
* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..
AL-FATIHAH.

Disusun oleh:
Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani
Muhadir bin Haji Joll.

Friday, July 3, 2015

KUIH SAGU MATA IKAN


Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan

RESEPI POPIA SEAWEED


Bahan-bahannya;
kulit popiah

Dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)

1 biji telur

2-3 cawan minyak masak utk menggoreng
Cara-caranya;

1. Letak satu kepingan popia..sapu dgn putih telur seluruh kulit popia..pas tu letakkan  seaweed atas popia tu..

2.Sapu seaweed tu pula dgn putih telur..Letak kepingan popia atas seaweed tadi..

3. Dah siap..tengah2 tu kepingan seaweed..

4. Pastu gunting tengah2 popia tu..gunting sama lebar..pas tu boleh lah di gunting2 kecil..macam dlm gambar..

6.Pastu goreng hingga kekuningan..Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan popia..Angkat dan toskan minyak

Doa Dimurahkan Rezeki


Sesiapa yang berhajat untuk dimurahkan rezeki 
cubalah amalkan ayat dibawah. 
Doa ini telah diajarkan oleh  Tuan Guru Dato Dr Ismail Kamus. 
Semuga manfaat kepada kita semua.

Doa pertama: 

Baca setiap pagi

ALLAHUMMA AKFINI BIHALALIKA 'AN HAROMIKA WABIFADLIKA 'AMMAN SIWAK
Maksudnya: YaAllah cukupkanlah aku dgn rezeki yg halal bukan yg haram dan berilah aku kekayaan harta benda dgn keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta pertolongan selain dpd Engkau



Doa kedua: 

Baca 7x lepas solat fardhu
Baca 70x pada hari jumaat
YA GHANI YA MUGHNI YA FATTAH YA ROZZAQ
Maksudnya: Yang Maha kaya , yg Maha Mencukupkan, Yg membukakan pintu rahmat Yg Maha pemberi rezeki



Dan Baca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" 301 x  selepas terbit matahari atau waktu syuruk



Doa ketiga: 
baca sebelum mula berjiaga atau sebelum keluar berniaga  313 x
WAJA'ALTULAHU MAALAM MAMDUUDA
Maksudnya: Dan aku berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah 


Selamat beramal.

Thursday, July 2, 2015

Kretif Dalam Sedekah

Ana tertarik dengan idea EcoDaisy  ini. Kebiasaannya jika kita hendak memberi burung makan, kita akan menabur makanan di tanah. Jika rumah yang tiada tanah sebab duduk apartment, sudah tentulah makanan yang berlebihan kita akan masuk dalam plastik dan buang sajakan. 

Idea kretif ini adalah satu cara bagaimana hendak manfaatkan barangan yang tidak digunakan lagi. Termasuk makanan yang lebih boleh di sedekahkan kepada burung-burung yang berterbangan. 

- 0 -

Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar.

Kerana, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat.
Lima akan diberikan di dunia, dan
Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.















Wednesday, July 1, 2015

Pujuklah Jika Menangis


Alolooloo...
Kenapa nangis...
Siapa buat dia....
Jangan nangis lagi ya...
Nanti Wan babap Pak Su sebab suka usik dia ya.

- 0 -

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
#copypaste fb Ryhan Musa

Tuesday, June 30, 2015

Bechamel Pumpkin


Lapisan labu:
1/2 biji labu manis saiz besar. Dipotong kiub.
2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh esen vanila
1 cawan kacang almond/walnut (kalau suka)
Lapisan bechamel:
3 sudu mentega
3 sudu tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air rebusan labu

Cara:
1. Rebus labu bersama gula, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau dan biarkan masak empuk.
2. Toskan labu. Simpan 1/2 cawan air rebusan tu untuk buat lapisan bechamel.
3. Masukkan dalam loyang pembakar. Tekan-tekan labu biar mampat ke dasar loyang. Kalau suka, taburkan kacang di atas lapisan ini.
4. Lapisan bechamel: cairkan mentega dalam kuali. Guna api kecil.
5. Campurkan tepung. Kacau rata.
6. Masukkan susu segar dan air rebusan labu tadi. Kacau sehingga licin dan agak pekat.
7. Tuang lapisan bechamel atas lapisan labu. Bakar dalam oven (rak tengah) dengan suhu 180℃ selama 30 minit. Kemudian bakar di rak atas sehingga lapisan bechamel jadi keperangan.
Enak dimakan sejuk!
Sedap, uolllllssss! Eh maksud saya, selamat mencuba, ya.

Like · Comment · 

Cara Cepat Belajar Microsoft Office PowerPoint 2007 Secara Komplet

cara membuat teks berjalan pada powerpoint

Cara Membuat Efek Animasi Gambar dengan PowerPoint

Tuesday, May 19, 2015

Jadualkan Diri Kearah Lebih Baik

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Alhamdulillah terima kasih Ustaz Ismail Kamus yang telah memberi panduan dan jadual  kehidupan seharian untuk yang ingin meningkatkan dirinya.
Jom kita kearah yang lebih baik setiap hari. Semoga niat kita yang murni ini dinilai oleh Allah. Insya-Allah.
1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. Kali 40
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang-orang  yang Engkau cintai. Amin

Sunday, May 17, 2015

MIRACLE REFRESHING SCENT ( MRS )

Miracle Refreshing Scent diformulasi dari minyak kelapa dara (VCO) yang telah ditambah nilai dengan Essential Oil (pati bunga dan buah beri).
Kebanyakan bakteria hidup di persekitaran PH6 hingga PH7 (natural). Miracle Refreshing Scent pula mempunyai nilai PH sekitar PH9 hingga PH10 (mempunyai rasa yang pahit) di mana pada PH ini tidak sesuai dalam pertumbuhan bakteria.
Mint Oil di dalam Miracle Refreshing Scent ini juga membantu membunuh bakteria dengan menghakis dinding-dinding sel bakteria dan membantutkan pertumbuhan bakteria (kulat).
Secara dasarnya Miracle Refreshing Scent ini merupakan anti-bakteria dan anti-fungus.
VCO Miracle Refreshing Scent adalah VCO yang telah ditambah nilai dengan dikecilkan menjadi NANOPARTICLES iaitu molekul minyak VCO telah dinanokan.
Miracle Refreshing Scent sebagai anti inflammation (anti keradangan).
Keradangan Simptom = rasa panas, bengkak, merah dan sakit
Contoh : bisul, jerawat, kudis, kayap.




Dalam Miracle Refreshing Scent ada 2 agen penting :
  • VCO mengembalikan kelembapan kawasan radang supaya radang tidak merebak. Membantu membunuh bakteria di permukaan kawasan radang dan menyerap masuk untuk membunuh bakteria di dalam kawasan radang, membantu menghasilkan sel baru.
  • Mint Oil bersifat sejuk, menurunkan suhu keradangan dan bertindak sebagai Cooling Agent supaya radang tidak membesar dan menjadi parah serta menyurutkan bengkak.

KESAN 3 mekanisma yang ada pada Miracle Refreshing Scent : 
  • VCO digunakan sebagai pelembab kulit kepala dan penanggal sel kulit kepala yang dah mati. Ia juga membantu merawat kulit kepala yang dijangkiti kulat dangan agen antifungus ia mampu membunuh dan merencatkan pertumbuhan kulat di kulit kepala.
  • Mint Oil bertujuan membuka liang roma kulit kepala dan membantu VCO meresap masuk ke akar rambut. Membantu dalam membunuh kulat di kulit kepala. Memberikan rasa segar dan nyaman pada kulit kepala.
  • Essential Oil digunakan sebagai Relaxing Factor untuk reset mind anda bahawa kelemumur sudah tiada dan merangsang minda anda untuk memberi inner protection dari minda untuk badan anda merembeskan hormon pengalak rambut. Sebagai penggalak pertumbuhan rambut.
5 sebab kenapa anda MESTI cuba Miracle Refreshing Scent  #MRS
  1. MRS ialah VCO pertama di Malaysia yg berbau WANGI SEJUK & BERANGIN – jimat duit tak perlu beli minyak wangi dan kipas bergerak
  2. MRS memberi KELEGAAN SEGERA disaat anda berasa tidak selesa dengan cuaca panas – tak payah susah-susah nak ke kamar selesa utk mandi, hanya spray aje
  3. MRS mampu merawat MIGRAIN & SAKIT KEPALA dengan segera,insyaallah – Tak perlu makan ponstan @ pelbagai ubat tahan sakit yg dah tentunya tak elok utk kesihatan
  4. MRS diperbuat dr bahan-bahan semulajadi,100% organik serta 100% buatan MUSLIM. Tiada keraguan lagi! – Produk yg ada cop halal pun belum tentu halal
  5. MRS boleh dijadikan alat utk menambah pahala isteri kerana ianya boleh dijadikan sebagai minyak urut beraromaterapi kepada suami – tak perlu beli minyak aromaterapi yg mahal- mahal.

Dapatkan segera selagi stok masih ada!

Khasiat MRS Serum Essence

Khasiat MRS Serum Essence

1. Mengurangkan kekusustan rambut selepas mandi dan selepas bangun tidur.
2. Membantu tidur lebih lena
3. Mengurangkan Stress selepas penat belajar dan kerja
4. Menurunkan suhu badan ( sesuai untuk rawatan demam )
5. Membantu mengurangkan kehilangan minyak semulajadi pada rambut ( akibat penggunaan bahan kimia sodium laureth sulfate secara berlebihan )
6. Membantu menjadikan kulit lebih licin , halus dan selesa seperti memakai bedak badan.
7. Membantu melembapkan kulit
8. Mengurangkan kelemumur
9. Mengurangkan sakit kepala n migrain
10. Mengecutkan jerawat
11. Boleh digunakan sebagai pencuci muka
12. Mengurangkan kelemumur
13. Mengurangkan kutu kepala
14. Membantu mengurangkan loya ibu mengandung
15. mengurangkan kegatalan kulit kepala
16. Memberikan kesegaran selepas bekerja
17. Digunakan sebagai pencuci bahagian intim
18. Merawat masalah rambut berbuah dan bercabang

#Cubadulubarutahu
#MiracleRefreshingScent
#MinyakAnginWangi
#MRSSerumEssence
#FormulasiMinyakKelapaDara
#Seronoktengoksemuaorangsihat
#Bolehbuatibadahdenganselesa
#Pmjikaberminat
#sms0133985200

Saturday, May 16, 2015

Bersama Ahli Kumpulan Rabbani

Alhamdulillah ketika program Karnival Mahabbah di Saujana Utama ana dapat juga buat promosi MINYAK SERBA GUNA MRS.
Syukran sangat-sangat kepada Kakak Azian Ahmad yang memberi ruang untuk ana berniaga di tapaknya.

Jom layan bagaimana ana melayan Asri dan Deen artis kumpulan Nasyid terkenal ketika singgah di gerai kami. Suka sangat dengan mereka tu sebab sangat sporting. Jadi ana yang agak pemalu orangnya (konon) tidak merasa kekok bersembang dengan mereka berdua. Semuga MRS tetap terus menjadi pilihan mereka sekeluarga.

Jika ana berminat boleh whatsapp 013-3985200.

Friday, May 15, 2015

Safiyya dan Abdul Malik

Inilah cucuanda ana.
Anak kepada Abu Huzaifah anak sulung ana.
Alhamdulillah sudah dapat sepasang anak.
Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

Sara

Jom Belajar Al Quran

Assalamualaikum,

Anda masih tercari-cari langkah pertama yang betul dan tepat untuk belajar al Quran kerana menghadapi masalah berikut?

Tidak tahu membaca al Quran
Tidak tahu menulis al Quran
Tidak mahir membaca al Quran

Nak belajar al Quran tapi tak tahu cara yang betul kerana tiada masa. 
Nak ajar anak-anak pun belum ingat lagi hukum tajwid.

Jika anda menghadapi masalah sebegini boleh cuba
kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ keluaran Salam Cipta (M) Sdn Bhd.
Mudah-mudahan dapat membantu.
Kaedah ini telah dicuba kepada warga
Amerika, China dan Filipina
yang tidak tahu langsung membaca Al Quran.
Alhamdulillah,
kesannya mereka sangat gembira,
boleh dekatkan diri dengan Islam,
ajar anak-anak dan tambah pahala.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah

Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ

Keistimewaan PLBQ:

1. Fungsi kawalan kelajuan bacaan Qari
Anda boleh memperlahan bacaan Qari supaya anda dapat mengikuti bacaan dan sebutan dengan betul.

2. Bacaan Qari akan terhenti pada wakaf yang sepatutnya.
Anda tidak perlu lagi risau di mana perlu berhenti.

3. Fungsi terjemahan audio dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris pun ada. Hanya tekan sahaja pada ayat yang anda ingin dengar terjemahan.

4. Tidak perlu beli bateri. Bateri pen ini sudah terbina dalam dan boleh charge macam handpone anda.

5. Mudah untuk dikendalikan samada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

6. Anda juga boleh mempelajari hukum tajwid dengan mengunakan Buku Tajwid yang disediakan secara PERCUMA untuk memantapkan lagi bacaan al Quran anda.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah