Tuesday, June 30, 2015

Bechamel Pumpkin


Lapisan labu:
1/2 biji labu manis saiz besar. Dipotong kiub.
2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh esen vanila
1 cawan kacang almond/walnut (kalau suka)
Lapisan bechamel:
3 sudu mentega
3 sudu tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air rebusan labu

Cara:
1. Rebus labu bersama gula, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau dan biarkan masak empuk.
2. Toskan labu. Simpan 1/2 cawan air rebusan tu untuk buat lapisan bechamel.
3. Masukkan dalam loyang pembakar. Tekan-tekan labu biar mampat ke dasar loyang. Kalau suka, taburkan kacang di atas lapisan ini.
4. Lapisan bechamel: cairkan mentega dalam kuali. Guna api kecil.
5. Campurkan tepung. Kacau rata.
6. Masukkan susu segar dan air rebusan labu tadi. Kacau sehingga licin dan agak pekat.
7. Tuang lapisan bechamel atas lapisan labu. Bakar dalam oven (rak tengah) dengan suhu 180℃ selama 30 minit. Kemudian bakar di rak atas sehingga lapisan bechamel jadi keperangan.
Enak dimakan sejuk!
Sedap, uolllllssss! Eh maksud saya, selamat mencuba, ya.

Like · Comment · 

Cara Cepat Belajar Microsoft Office PowerPoint 2007 Secara Komplet

cara membuat teks berjalan pada powerpoint

Cara Membuat Efek Animasi Gambar dengan PowerPoint

Tuesday, May 19, 2015

Jadualkan Diri Kearah Lebih Baik

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Alhamdulillah terima kasih Ustaz Ismail Kamus yang telah memberi panduan dan jadual  kehidupan seharian untuk yang ingin meningkatkan dirinya.
Jom kita kearah yang lebih baik setiap hari. Semoga niat kita yang murni ini dinilai oleh Allah. Insya-Allah.
1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. Kali 40
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang-orang  yang Engkau cintai. Amin