Monday, March 16, 2009

Sinar Harian 16 Mac 2009

Tangkap Sayu Teringatkan Arwah Nenek

Minta maaflah kepada semua ahli keluarga sebab sudah lama saya tidak ngeblog. Ni nak cerita... baru-baru ni saya telah singgah di Pasar Kemboja di Sungai Buluh... singgah sebab kebetulan lalu ketika nak pergi kerja. Apa yang telah menarik perhatian saya ialah ketika melihat orang tua menjual sayur-sayur kampung. Entahlah tiba-tiba je teringatkan pada arwah nenek.Dulu nenek pun menjual sayur macam ni jugak... Yang boleh tangkap sayu tu bila teringatkan macamana gigihnya nenek dan sanggup menjunjung sayur di atas kepala dan berjalan sejauh tiga ke empat kilometer untuk menjualnya di pasar Kuala Kubu Baharu.Saya selalu juga ikut nenek kalau tidak sekolah.Nenek memang penyabar orangnya...sentiasa tersenyum melayan 1001 macam kerenah pelanggannya.
Dulu satu ikat sayur harganya dua puluh sen je. Sekarang dah seringgit seikat.Kalau nak tahu... antara sayur yang makcik ni jual ialah daun pucuk cili api. Sebenarnya saya baru je tahu daun pucuk cili api ni boleh dijadikan sayur dan sedap kalau masak lemak.

Yang bulat-bulat panjang dalam bakul tu ialah daging lembu yang telah dicincing dan dimasukkan ke dalam usus lembu... jadi macam sosejlah. Kalau hendak masak potong saja kat tempat ikatannya dan goreng di atas api yang perlahan.


Ni buah teratai.... buah ini boleh terus dimakan begitu saja. Sedap rasanya. Terdetik di hati saya... sebenarnya banyak benda yang saya tidak tahu rupanya di dunia ini. Begitu jugalah Ilmu Allah semakin dipelajari semakin terasa kejahilan diri dan terasa betapa kerdilnya diri ini.

Lebih kurang tiga ke empat hari kemudiannya.... ketika lalu di tempat yang sama juga, adalah orang jual buah teratai tu lagi. "Hissh...Kawan-kawan kat pejabat cakap buah teratai sedap rasanya. Aku kena beli dan rasa buah tu," detik hatiku. Jadi saya belilah dua ikat. Seikat seringgat. Seikat nak nak makan dengan kawan-kawan kat pejabat dan seikat lagi bawa balik bagi anak-anak rasa. Maklumlah tak pernah makan buah tu, jadi kenalah belajar cara memakannya dengan orang yang dah biasa makan.

Cara makan buah teratai;
Kepakkan buah teratai itu dan ambil biji-bijinya. Kemudian buang kulitnya yang berwarna hijau.

Selepas itu buang pula salaputnya yang berwarna putih. Jika tidak dibuang, akan terasa pahit.

Kalau rasa pahit lagi, buang dibahagian tengah biji yang berwarna hijau.

Ketika bagi kawan-kawan rasa buah ni.... ada seorang dua yang tidak tergamak hendak menjamahnya.Kata mereka ada sesuatu yang menakutkan. Kemudian mereka berceritalah bahawa mereka telah terbaca artikel mengenai bra dan gambar kesan memakainya.Kata mereka benda tu macam rupa buah teratai.

Inilah gambar yang dimaksudkan. Menurut kata mereka kisah ini berlaku di US. Orang tersebut telah membeli bra baru dan terus memakainya tanpa cuci terlebih dahulu. Mula-mula setelah memakai bra tersebut, dia berasa gatal-gatal. Kemudian dia pun sapukan ubat. Setelah dua ke tiga hari kemudian dia terkejut apabila melihat buah dadanya telah berulat. Setelah dibuat beberapa kajian, rupanya ulat tersebut adalah berpunca daripada bra yang telah dipakai. Rupanya bra yang baru ada semacam asid jugak la yang telah disemburkan agar bra tu tahan dan nampak sentiasa cantik serta berkilat warnanya(lebih kurang macam tu la.) Lama-kelamaan kesan semburan itu akan menyimpan hama. Oleh kerana itu, jika membeli bra baru, jangan lupa cucilah terlebih dahulu. Bukan bra sahaja.... pakaian pun begitu juga. Tambahan pula kalau beli pakaian terpakai. Sucikan dia dengan air mutlak agar sah dibawa solat. Amin.

Monday, November 10, 2008

Perhimpunan Keluarga 2008

Walaupun telah berlalunya Syawal, masih teringat-ingat lagi kenangan manisku bersama keluarga tercinta. Ya... mari kita teruskan tradisi ziarah menziarahi dan berkumpul dengan semua ahli keluarga seperti yang pernah dilakukan ketika arwah datok dan nenek masih hidup dulu. Kini tiga generasi telah dapat kita himpunkan.

Pada malam itu kami adik beradik sudah bersepakat untuk balik awal untuk membuat apa yang patut. Dalam erti kata lain balik terus singsing lengan baju la.

Inilah antara chef-chef utama yang menyediakan jaudah. Oleh kerana kami ramai dan ada chef yang bertaraf antarabangsa gak la (bapak aku la tu) jadi semuanya masak sendiri

Selepas solat Zuhur bergemalah bacaan tahlil dan yaasin untuk arwah. Majlis ini telah dihadiri oleh jiran-jiran.

Selepas Asar pula bermulalah perhimpunan keluarga yang tercinta. Wah! Ramainya yang datang. Tak sangka teratak usangku mampu menampung semua ahli keluarga yang hadir.


SIAPA YANG HADIR

Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Mak Teh dan Mak Su semuanya ada. Cuma yang tak ada Mak Jang tak dapat datang sebab ditimpa ujian sehari sebelum jamuan ini diadakan. Menurut kata Mak Jang rumahnya ditimpa pokok besar... jadi tak bolehlah nak kemana-mana. Tak kisah la sebab anaknya, Norziah datang mewakili Mak Jang walaupun datang pada keesokkan harinya.

Abang Mie sekeluarga sebenarnya ada balik tetapi terpaksa balik awal dan tak dapat tunggu sehingga Asar.

Abang Dahlan dan Kak Ani sekeluarga.

Abang Zaini dan Kak Teh sekeluarga.

Mohd Nor Rafuzi dan Shamsiah sekeluarga.

Saidi dan Sohana sekeluarga.



Pak Ngah dan Mak Ngah bersama anak gadis dan terunanya.


Anak cucu Pak Ngah... Sapian dan Shahrir sekeluarga.


Pak Lang dan Mak lang bersama anak terunanya.

Ini sebahagian daripada anak dan cucu Pak Lang yang datang. Maaf ya kalau tak ada dalam gambar tu.


Ini keluarga MakDak bersama anak dan cucu-cucunya.

Ini Pak Teh dan Mak Teh sekeluarga.


Ini Pak Su dan Mak Su sekeluarga.

Inilah tetamu yang telah diudang khas. Terima kasih semua kerana sudi datang.


Takbir Syawal 2008

Takbir Syawal bergema

syahdu berkumandang
tanda kejayaan dari yang Esa
kembalinya nubari pada fitrah
Sebening air di kali.

Diperantuan ini
ayah tercinta menanti anakanda pulang
merai Syawal bersama dinanti
dalam hangat menyulam ukhuwah
walau jauh kita terpisah.

Syawal adalah hari penemu
yang jauh datang bertandang
yang dekat menanti tenang
tak pernah membeza rasa.

Lembaran ini penuh meriah
namun tetap disyukuri penuh luhur
tradisi ziarah, kunjung mengunjung
memesrai dan berjabat kasih
sesama sanak saudara dan taulan.
Namun pesan junjungan Nabi
hulurkan juga pada yang tiada
sedikit nikmat kita kongsi bersama.

Ya Ilahi,
Leraikanlah sengketa di hati
Tautkanlah sanubari kami
dalam nikmat iman dan Islam
agar ukhwah silaturrahim
kembali bersemi
seharum wangian syurgawi
inilah harga sebuah kemenangan
di Aidilfitri tersimpul kejayaan.

Dalam remang senja ini,
serasa semalam kita bersimpuh diserambimu Syawal
terharu rasanya pemergianmu
berjumpakah lagi sepurnama penuh makna seperti ini
di tahun-tahun mendatang?

Wednesday, September 17, 2008

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA




SALAM AIDILFITRI

Dijemput semua ahli Keluarga Othman bin Haji Khalid ke rumah terbuka Puad bin Othman sekeluarga di Rumah Murah, Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Tarikh: 4 Okt 2008
Masa: Selepas Asar

Kehadiran semua ahli keluarga sangat dialu-alukan.

Sunday, September 7, 2008

Mesyuarat Tergempar

Selepas selesai kenduri kat rumah Pak Ngah, kak Ani terus ke rumah bapak. "Ada meting dengan bapak", katanya.

Bapak: Nak beritahu... raya keempat tahun ni, semua keluarga kita akan berkumpul kat sini... jadik kita nak jamu apa nanti?
Kak Ani: Nasi minyak la.


Abg Dahlan: Hishhh... macam nak buat kenduri kahwin je...
Mohd Nor: Kenduri untuk bapak la.


Saidi: Tak apa... nanti saya fikirkan resepi yang special.


Baik la pulak budak ni jika dengan babanya.


Su: Setiap orang mesti hulur la lebih-lebih sikit tau.


Abis kalau resipinya rahsia lagi... apa yang nak ditulis ni.


Abidah: Nanti Kak Nurul jadi tukang basuh pinggan tau.


Akilah baca paper ya... pandainya.


Dalam pada tu sempat gak berposing dengan Atam.


Akila sms sapa tu? Ha... Akilah dah ada pak we ya?


Tak kan la pulak Akilah sarung cincin kat tangan Ucu...

Batrisha

Ini kisah ibu dan anak...


Namanya Aleefa Madeeha maknanya peramah yang terpuji... kakak-kakaknya panggil Batrisha.


Tengok gayanya bila besar nanti boleh jadi penyanyi ataupun qariah...sebab masa baru lahir asyik melalak je.


Nasib baik kakak Akilah sayang baby.


Bila menangis Nurul lagi la suka mengusik budak tu.


Bila dah besar sikit pun macam tu jugak...kalau tak kenal orang tu dia menangis.


Tapi kalau orang lelaki yang pegang tak apa... rupanya dia suka dengan orang lelaki.



"Tak kira suka atau tidak kakak nak juga dukung dia," kata Nurul.



Kalau gini... ni anak ayah la.


Saidi: Kalau nak ambil la bawak balik.
MNR: Tak boleh nanti menangis la pulak mak dia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“Barangsiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar atas mereka, memberi mereka makan, minum, dan pakaian dari hartanya, maka mereka menjadi penghalang baginya dari api neraka kelak pada hari kiamat.”
(Dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Adabil Mufrad no. 56: “Shahih”)