Monday, March 28, 2011

Suka-suka je...



Selamat hari jadi Noor Ishmah. Mengikut kajian Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hj. Mohd

Fadzilah Kamsah mengenai bulan kelahiran bulan Mac adalah seperti berikut:




Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi.

Sangat pemalu dan pemendam rasa.

Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada

kedamaian.

Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada

orang lain.

Tidak cepat marah dan sangat amanah.

Tahu membalas dan mengenang budi.

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

Suka berangan-angan. Suka melancong.

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

Kelam kabut dalam memilih pasangan.

Suka dengan hiasan rumahtangga.

Punya bakat seni dalalm bidang muzik.

Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan




Rahsia Tarikh Lahir

Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir

  • Tafsiran personaliti dan potensi diri melalui tarikh

  • lahir ini adalah dibuat berdasarkan kepada ilmu 

  • Sains Metafizik. Oleh itu tafsiran melalui kaedah 

  • ini BUKAN sesuatu yang SAHIH dan TIDAK 

  • SESUAI dijadikan sebagai suatu pegangan / 

  • kepercayaan hidup apatah lagi digunakan bagi 

  • meramal masa depan anda. INGIN DIINGATKAN 

  • bahawa membuat tilikan nasib adalah sesuatu 

  • yang HARAM dari sudut Syarak. Hanya Allah yang 

  • maha mengetahui setiap perkara di langit dan di 

  • bumi.

  • Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah satu 

  • usaha (ikhtiar) dalam mengenali diri ke arah 

  • menjadikan diri kita makhlukNYA yang lebih baik. 

  • Jika tafsiran ini secara kebetulan :

  • - BETUL menyatakan sesuatu yang POSITIF 

  • tentang diri anda, janganlah riak, SEBALIKNYA 

  • mantapkan/gilaplah lagi.

  • - BETUL menyatakan sesuatu yang NEGATIF 

  • tentang diri anda pula, janganlah berasa kecewa 

  • SEBALIKNYA hindari/perbaikilah.

  • - SALAH menyatakan sesuatu yang POSITIF 

  • tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika 

  • anda berusaha bersungguh-sungguh memilikinya.

  • - SALAH menyatakan sesuatu yang NEGATIF 

  • tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika 

  • anda berusaha bersungguh-sungguh 

  • menghindarinya.

  • Maksud Al-Quran : Sesungguhnya Allah tidak akan 

  • mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka 

  • sendiri yang mengubahnya.

  • Maka manusia yang cuba mengenali dirinya adalah 

  • lebih baik daripada sebaliknya. Dengan mengenali 

  • potensi diri, anda mempunyai peluang lebih tinggi 

  • menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi HEBAT 

  • dan bersedia sepenuhnya untuk menggapai dan 

  • mengecapi KEJAYAAN.

  • InsyaAllah                                                                                                                                                                                          


Noor Ishmah ,



Tafsiran Tarikh Lahir Untuk : Noor Ishmah (Tarikh Lahir : 26-


3-1993)



Nombor 




Peribadi :
6

Elemen :
Logam



Ciri Utama :

Wang




Sinopsis :


Disukai kerana kekayaan, namun ego dan mahu menguasai.

Tafsiran 

Umum

Peribadi :
  Kawal wang, citarasa mewah, berdikari, menguasai.



Warna Yang 

Sesuai :
  Kuning, perak dan putih.


Status Body 



Mass Index (BMI) :


20 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal).

Kekalkan gaya hidup yang sihat

melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-

kurangnya 3 kali seminggu.

Masalah Kesihatan Berkaitan :
Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.



(Sila rujuk email anda bagi memperolehi analisis penuh dan terperinci.)


Sumbaer: Rahsia Tarikh Lahir

Saturday, February 19, 2011

Majlis Pertunangan Ahmad Shahzawani


Jumaat 17 Disember 2011, 
Keluarga Othman sudah berkumpul 
di Homestay Kampung Tersusun Batu 5 Jalan Tambun, Perak.
Masing-masing telah menunjukkan bakat masing-masing
 untuk membuat gubahan bakal di bawa ke majlis pertunangan esok.



Inilah hasilnya.... 
Asalnya tujuh dulang sahaja. 
Oleh kerana ramai yang hendak seponser jumlahnya menjadi 13 dulang pula.




18 Disember 2011
Ahli keluarga dari Kedah pun turun untuk meraikan majlis yang bersejarah ini.
Sebanyak 11 kereta mewakili pihak lelaki telah berarak ke rumah pihak perempuan.



Seperti biasa Cikgu Rahman sebagai jurucakap untuk pihak lelaki.
Semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah kini Ahmad Shahzawani telah selamat bertunang dengan wanita pilihannya.

Selamat Hari Jadi Syakilah...





Mengikut kajian Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah orang yang lahir bulan Februari adalah seperti berikut:

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi



Anda Stress? Jom Lihat Mata Anda...

Iris Orang Yang Kurang Tekanan



Iris Orang Yang Menghadapi Tekanan

 

Sumber: Pengurusan Tekanan

Sunday, January 30, 2011

Happy Anniversary

16 Disembar 2010 :
Genaplah 25 tahun 
ana melayari bahtera rumahtangga
bersama abang haji
Mohd Nor Rafuzi bin Ahmad Razali.




Terima kasih Kakak...
 sediakan kek ini untuk ummi dan walid.



Mmmm.... memang sedap Chess Kek ni
Terima kasih daun keladi
Lain tahun buat lagi.

Saturday, January 29, 2011

Sambung Belajar di Politeknik PD....


14 Disember 2010
Pagi-pagi lagi sudah bertolak ke PD
sebab hari ini anak ana yang ke tiga
mula mendaftar masuk Politeknik Port Dickson.
Dulu
Syakilah belajar di Politeknik Sultan Idris Shah
di Sabak Bernam.
Oleh kerana kos yang dia ambil dulu
(Kursus Pengurusan Data) 
sudah tidak ada lagi...
jadi kini dia memohon pula kursus akaun pula.
Tak kisahlah ambil kos apa pun
janji dia nak belajar lagi.



Syukur sangat sebab diterima masuk belajar semula setelah membuat rayuan dan rayuan.
Jika diikutkan tarikh mula dipanggil untuk mendaftar adalah 2 Disember 2011.
Mengalabah juga ana sebab langsung tidak ada apa-apa persiapan,
borang terima tawaran tak pos lagi
borang kemasukan tak urus tandatanggan pegawai
yuran tidak dibank in
pemeriksaan kesihatan  tak buat
barang keperluan asrama tak beli lagi.
Semuanya kena urus dalam masa dua hari bekerja.
Manalah sempat.
Tambahan pula abang haji tak balik ke Malaysia lagi.
Hai! Siapa pulak nak tolong hantar ke PD.
Akhirnya...
Call politeknik minta tangguh
Alhamdulillah dapatlah pula.
Pihak poli minta tunggu sehingga surat tawaran dikembalikan.
Ok la tu...
Bermakna sempatlah abang haji balik ke Malaysia.



Rasanya pada hari tu Syakilah seorang je yang datang mendaftar
sebabnya
yang lain sudah lama masuk dan sudah belajar pun.





Antara undang-undang yang perlu dipatuhi di Politeknik PD.



Ok Kak Lang... belajar dan belajar sungguh-sungguh ya.




Mendaftar sudah selesai...
tibalah masanya untuk mandi laut pula
di pantai di Teluk Kemang.



Seronoknya dapat mandi laut...



Lompat! Lompattt! Lompattttt!



Dua beranak ni menari ke?



Melompat pulak....
Senaman juga namanya tu.



Menghirup udara segar...



....sambil menikmati pandangan yang indah.



Kita minum dulu...



Jalan-jalan je...



Inilah Syakilah... panggil Kak Lang je.



Semua pakat tak mahu mandi dan main pasir je la nampaknya.



Ini Siti Juwairiah... panggil Kak Teh.




Nampak sopan sekali.
Anak siapa la tu.....



Peace :)



Satu... Dua... Tiga.....


Senyummmm....





Ummu Asilah... panggil Atam je.



Ada gaya....



Kenapa Ucu tak mandi? Selalunya  pantang nampak laut...




Oooo.... dah pandai mengusik kakak dia  ya...



Bersama kekasih hati...




Ketika ni Nurul dan Imah tak dapat ikut sekali
sebabnya...
Cuti tahunan Nurul dah habis.
Imah pula tengah menghadapi peperiksaan SPM.
Lain kali kalau hantar Kak Lang balik poli kita singgah lagi ok.
Insya-Allah.


Wednesday, January 26, 2011

Sajak Hujan...


Alhamdulillah.. syukur 
Hujan membawa rahmat
Turunnya  dibumi fana
Menyirami pohon-pohon dihalaman
Mercup tumbuh segar
Kehijuan kembali
Yang  dulu terkulai kekeringan
Dek  ketandusan dan kegersangan  bumi.




Hujan...
Kelembutan sifatmu juga
Susah untuk dijangka
Kerna adakalanya bisa
Memusnahkan seluruh alam
Dengan sekelip mata
Sebagai pengajaran  buat  manusia yang alpa.




Sesungguhnya
Setiap kali hujan turun
Selalu memberi inspirasi dan ketenangan
Disebalik rindu yang kembali menghangat
Basahilah hatiku dengan zikrullah pelembut hati
Agar rohaniku bercahaya dengan penyuluh petujuk-Nya
Terimalah doa hamba-Mu ini Ya Rabbi.


Cetusan rasa:
Shamsiah Puad
Jumaat (10 Disember 2010)
Di Felda Siantan, Jengka , Pahang.