Saturday, January 28, 2012

Moh Kito Mengeratkan Siratulrahim Sesama Uhang KINCAI



Assalamualaikum....Salam buat semua warga KINCAI....
satu majlis perjumpaan warga kerinchi yang kita panggil 
HARI KELUARGA WARGA KERINCHI...
Ini hasil dari keputusan mesyuarat AJK baru2 ini. 
Akan berlansaung pada 12hb Feb 2012 bertempat di Jambatan Roboh (Sg Inki) Kg Pasir Puteh Kalumpang bersamaan hari Ahad bermula Jam 9.00pg. 
Pelbagai acara kita adakan(sukaneka). Namun perjumpaan lebih berbentuk santai...
Jamuan makan tengah hari disediakan. 
Bagaimanapun kami mengalu-alukan sumbangan pada mereka yg berminat menyumbangkan hamper mahu pun RM.....Jemputan ini terbuka buat mereka yang mengaku Anak Kerinchi.
 Mereka yang berkeluarga digalakkan membawa keluarga bersama. 
Harapan AJK agar perjumpaan ini membawa seribu makna pada mereka yang kuat jati diri sebagai ANOK KINCAI...
Wassalam 
Amran Mad S/U PAKHS



Pemandangan di Jambatan Roboh (Sg Inki) Kg Pasir Puteh Kalumpang
Foto: Asril Hj Sematludin's






Jom Belajar Cakap KERINCHI

Saturday, October 22, 2011

"Meow... meow.."


Lala…
namamu diberi
dipanggil setiap ketika dan masa
jika hilang kalibatmu dihadapan mata.




Lala...
namamu
memenuhi setiap sudut teratakku
maka
berlarilah kau mendapatkan si pemanggil.




Lala...
dek kerna gelagat
dan keceriaanmu
bikin hati bisa cair
untuk menyayangi dirimu.



Lala...
Si kucing parsi yang comel
menjadi kesayangan semua.




Sering mengesot-ngesotkan bulunya
yang gebu itu
siapa yang menghampirinya
sambil berkata
 "Meow... meow.."
dengan manja.

Saturday, October 8, 2011

Kenduri Doa Selamat & Terima Menantu

Ini dia sepupu ana.
Aizat bin Ishak namanya bersama isteri kesayangannya Syahida.
Masa kenduri ini, mereka baru seminggu diakad nikahkan.


 Pak Lang dan Mak Lang ana dan orang tua kepada Aizat.


 Ketika ana sekeluarga dirumah Pak Lang, KakTeh dan Adam pun sampai.


Suka betul mereka budak-budak.



 Ini dia diantara cucu-cucu Pak Lang.


 Sebenarnya seminggu sebelum kenduri di Gombak, majlis pertunangan dan pernikahan telah diadakan dirumah pengantin perempuan di Kerteh, Terangganu.


 Cincin buat sigadis.


 Majlis akad nikah..


 Pengantin bersama ibu bapa masing-masing.


 Sebahagian barang hantaran...


 Solat lima waktu usah dilalai,
Itulah pesanan dari Pak Bucu,

Duduk bersanding kedua mempelai,
Semoga berkekalan keanak cucu.



Kucing berlari ke atas dahan
Di selamatkan oleh Pak Mamat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat.
Cantik wajahnya bagaikan si puteri
Menjadi rebutan kerana baik hati
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati.