Wednesday, March 10, 2010

Asalnya cecair kemudian membentuk lembaga...

Asalnya adalah cecair jernih dan kuning, kemudian terbit pula urat-urat merah dan menjadi bentuk lembaga. Selepas itu muncul pula bulu, paruh, mata, kaki dan sebagainya.
Cuba kita renung dan fikirkan, segala kejadian alam semesta dan keagungan Allah yang Maha mencipta. Akhirnya kita akan kembali memikirkan kejadian diri kita sendiri.
Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Semoga paparan ini akan membuat kita berfikir tentang segala kejadian yang Allah tetapkan. Justeru dengan itu, kita akan merasai betapa Maha Hebat dan Maha Berkuasa nya ALLAH SWT, Robbul ‘aalamin.
.























Sumber: eatnineghost.com

Awas! Sarang Jutaan Jenis Bakteria


Sudah tentu anda akan berasa kecil hati... Lagi yang lebih memalukan apabila ada yang buat-buat muntah dan berkata, “Wekkk! Busuknya bau mulut dia”.
Masalah mulut atau nafas berbau dikenali juga sebagai halitosis. Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.


Memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah bau mulut ialah:
Menggosok gigi
Sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
Penggunaan herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

Belajar mengawal tekanan


Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Sunday, March 7, 2010

Bambgoo - Kereta Ekologi Jepun

Kebiasaannya buluh dijadikan anyaman seperti bakul, dulang, nyiru, tudung saji, rakit, tabung dan banyak lagi. Sebuah syarikat, Venture Business Laboratory, Universiti Kyoto, Jepun, telah membangunkan rekaan kereta yang berbentuk mesra alam diperbuat daripada buluh. Kereta konsep ekologi ini adalah 270 cm, 130 cm lebar, tinggi 165 cm dan berat hanya 60 kg. Kereta ini selamat dibawa jika anda hendak memandu sejauh 50 kilometer dalam satu masa. Itulah istimewanya kereta yang dikenali Bambgoo, yang mana tubuhnya diperbuat daripada buluh. Jika ke Jepun jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya dan anda juga boleh mencuba membawa Bambgoo.




Friday, March 5, 2010

Panasss! Panasss! Panasss!

Panasss! Panasss! Panasss... begitulah keadaannya semenjak kebelakangan ini. Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda seluruh negara. Cuaca panas terik disusuli kemarau yang mengeringkan sungai-sungai dan juga sawah terutama negeri-negeri sebelah utara. Di kawasan selatan dan pantai timur juga turut mengalami keadaan yang sama. Bahang panas tetap terasa sekali pun selepas hujan turun untuk seketika.






Suhu yang dicatatkan pada 1 hingga 23 Februari lalu menunjukkan antara 34oC hingga 36oC. Sedangkan purata suhu negara ini adalah sekitar 28oC hingga 33oC.
Rekod suhu paling tinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis ialah 40.1oC iaitu ketika fenomena El Nino melanda.



Sementara itu, suhu maksimum juga pernah dicatatkan ditempat yang sama, Chuping dan Pulau Langkawi pada 21 dan 26 Februari 1998 dengan suhu 38.6oC.
Sepanjang tempoh 1 hingga 23 Februari lalu juga, bacaan di 26 daripada 35 stesen meteorologi di seluruh negara menunjukkan hujan turun kurang daripada paras sederhana, empat stesen pula pada paras sederhana dan hanya lima melebihi paras itu.
Kawasan yang menerima hujan rendah adalah Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, Sabah (semua bahagian) dan Sarawak (Miri, Bintulu dan Limbang).


Terdapat tiga peringkat HRI berlaku iaitu:
1. Kejang akibat kepanasan (heat cramps)
  • Sakit otot di bahagian abdomen, tengan dan kaki yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berterusan.
  • Badan tidak berpeluh ketika melakukan aktiviti berat yang berterusan menyebabkan anda terdedah kepada heat cramps.
  • Perpeluhan melampau hingga menyebabkan garam dan cecair dalam badan kehabisan, menyebabkan paras garam rendah dalam otot.
  • Heat cramps juga merupakan contoh lesu akibat kepanasan (heat exhaustion).
2. Lesu akibat panas (heat exhaustion)




  • Bentuk ringan HRI yang boleh berlaku akibat beberapa hari terdedah kepada suhu tinggi dan tidak mendapat keseimbangan cecair dalam badan.
  • Mereka yang berusia dan mempunyai tekanan darah tinggi serta berkerja atau bersukan di bawah terik mentari lebih terdedah kepada masalah ini.
  • Tanda-tanda adalah berpeluh melampau, pucat, kejang otot, keletihan, lemah tubuh badan, pening-pening, sakit kepala, muntah, mabuk dan pengsan.
  • Lain-lain simptom berkaitan - kulit sejuk dan lembap, denyutan lemah atau laju, pernafasan lemah atau terlalu laju.
Jika mengalami lesu akibat panas, sila ambil langkah ini:





  • Minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik.
  • Rehat dalam kawasan pendingin hawa.
  • Mandi atau berendam dalam air.
  • Pakai pakaian nipis
3. Strok panas (heat stroke)
Keadaan paling teruk bagi HRI. Biasanya disebabkan bersukan atau kerja berat di kawasan panas ditambah dengan cecair yang kurang dalam tubuh badan. Tanda-tanda mengalami heat strok:


  • Suhu badan terlalu tinggi (melebihi 40oC boleh menyebabkan pengsan)
  • Kulit menjadi merah, panas dan kering (tiada peluh)
  • Nadi kuat dan laju
  • Kepala berdenyut-denyut
  • Pening-pening, muntah, keliru, tidak sedar diri.






Kanak-kanak, orang tua, individu obes dan individu yang kurang berpeluh (akibat keturunan) berisiko tinggi mengalami masalah ini.
Bagi atlet yang mengalami keadaan ini di padang, tiba-tiba mereka hilang kawalan diri dan tidak memahami permainan. Atlet itu tidak sedar dia sedang mengalami keadaan strok panas, simptom hanya boleh dilihat oleh orang di sekelilingnya.
Rawatan strok panas:
Seandainya sukar untuk merendamkan mangsa dalam air sejuk gunakan kaedah ini:
  • Mandikan mangsa dengan air sejuk
  • Renjis air sejuk pada mangsa menggunakan pam air taman
  • Span mangsa dengan air sejuk
  • Letakkan beg ais pada leher, ketiak dan kawasan sulit.
  • Jika kelembapan rendah, balut mangsa dengan selimut basah dan sejuk dan kipas.






Perhatikan suhu badan dan teruskan proses penyejukan hingga suhu badan menurun kepada 36oC atau 37oC (mangsa perlu dikeluarkan daripada air untuk menghalang penyejukan lampau apabila suhu stabil).
  • Jika mangsa sedar, beri dia minum air sejuk
  • Pesakit perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian doktor sekali pun rawatan di padang berjaya.
Ruam panas
Satu lagi penyakit yang sangat sinonim dengan cuaca panas. Ia terjadi akibat pendedahan kepada suhu yang panas secara berterusan. Juga disebut miliaria. Masalah seperti urtikaria (gatal-gatal) dan tidak berpeluh juga termasuk sebagai ruam panas. Biasa berlaku ketika musim panas terutama jika kelembapan tinggi. Keadaan ini boleh berlanjutan berhari-hari jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan profesional andai peringkat serius.
Jenis-jenis ruam panas







  • Jernih (miliaria kristalina)
  • Putih/ kuning (miliaria pustulosa)
  • Merah (miliaria rubra)
  • Dalam (miliaria profunda)
Risiko ruam panas
Semua orang terdedah kepada ruam panas. Namun mereka yang lebih terdedah kepada masalah ini adalah:
  • bayi
  • kanak-kanak berumur di bawah empat tahun
  • atlet atau individu yang berkerja di kawasan panas atau terik matahari
  • obesiti
  • pesakit yang sukar bergerak (bed ridden)
  • individu yang kurang atau tidak berpeluh secara kongenital (keturunan)
  • pekerja ketenteraan
Punca
Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit.
Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas.
Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.
Simptom
Ruam panas biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil dalam jumlah yang banyak di bahagian folikel bulu roma. Di sesetengah kawasan, ia mungkin berwarna merah atau merah jambu.
Lebih teruk, ruam panas boleh menyebabkan iritasi teruk dan muncul tompok-tompok merah lebih besar dan gatal-gatal.
Sesetengah individu mengalami ruam panas sangat gatal dan sesetengah pula tiada kesan tertentu.
Kawasan yang sering terjadi ruam panas adalah muka, leher, belakang, abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung.
Rawatan profesional





Kebanyakan kes ruam panas pulih dengan sendiri tanpa rawatan doktor. Ruam panas yang berpanjangan perlu didiagnos melalui karakter kulit dan sejarah ruam sebelum ini. Ruam yang teruk memerlukan ujian mikroskopik atau biopsi kulit. Lain-lain ujian yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan sama ada jangkitan bakteria, ekzema atau jangkitan kulat.
Penjagaan sendiri di rumah
Kebanyakan ruam panas boleh pulih tanpa rawatan. Sesetengah kes pulih sehari selepas bertukar kepada kawasan yang lebih sejuk.
Langkah untuk penjagaan ruam panas:
1. Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. kemudian bilas dengan air dan kringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.
2. Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).
3. Mandi atau berendam dalam air sejuk.







4. Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.
5. Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.
6. Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).
7. Gunakan ubat niacin.
Cara mengelak ruam panas





  • Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.
  • Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.
  • Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.
  • Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.
  • Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.
Faktor yang memburukkan ruam panas
  • kelembapan tinggi
  • Suhu tinggi
  • Aktiviti jakuzi, sauna dan bilik stim.



  • demam
  • selaran matahari (sunburn)
  • berpeluh kerap atau hiperhidrosis
  • pakaian yang ketat dan fabrik tidak mesra pengaliran udara
Rujukan:Utusan Malaysia - 28 Februari 2010 / 14 Rabiul Awal 1431
28 Februari 2010 / 14 Rabiul Awal 1431

Thursday, March 4, 2010

Hikmah Kejadian Ais @ Air



  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.


  • Ambil wuduk hendaklah mengunakan air sejuk. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..


  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
  • Sesungguhnya Nabi SAW amat menyukai air sejuk.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini...