Showing posts with label ANA UHANG KERINCI. Show all posts
Showing posts with label ANA UHANG KERINCI. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Apa Kata Tuan Haji Mohd Taufik Haji Osman (Pengerusi PAKHS)


"Pada suatu masa dahulu masyarakat Kerinchi merupakan sekumpulan masyarakat yang disegani, dihormati, gagah, kuat berusaha, kaya mempunyai banyak tanah yang di terokai sendiri dimerata-rata negeri, ternama serta yang rapat dengan golongan istana raja-raja Melayu.
Tanpa nenek moyang kita itu bukan sahaja tiada kita di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiadalah wujudnya Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Bukit Nenas, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia.

Tidakkah kita terasa berasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan setakat tanah dan pulau tetapi juga keterunannya.

Marilah kita bersama-sama bersatu hati meghidupkan kembali keagungan masyarakat Kerinchi dari segi ekonomi, pendidikan, social, rohani, kebudayaan, kebajikan dan sebagainya.
Budaya mementing diri sendiri dan budaya `engkau-engkau aku-aku’ sudah lama berlalu pergi.

Kini zaman telah berubah, segala sumpahan seperti sumpahan Mahsuri juga telah berakhir. Mudah-mudahan dengan tertubuhnya PERSATUAN ANAK KERINCHI HULU SELANGOR ini akan tertunailah satu impian dari suara masyarakat Kerinchi. Diharapkan ini menjadi titik permulaan dan semangat untuk masyarakt Kerinci di daerah lain seluruh Malaysia bangun menghidupkan kembali kemasyhuran serta keagungan masyarakat kerinci peninggalan nenek moyang kita.

Sekali lagi saya mohon, marilah kita berganding bahu melalui persatuan ini, kita bersama-sama menjayakan amanah dan cita-cita nenek moyang kita itu ibarat kata pepatah ` Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh’ dan `Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing’."



Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu

* Tuan Haji Mohd Taufik Haji Osman ini juga merupakan Pengurus Rumah Rehat Kuala Kubu Baharu.

Sesiapa yang berminat hendak menikmati suasana yang nyaman, tenang dan segar bolehlah menghubungi beliau di no tel: 03 6064 5510 atau Fax: 03 6064 5264

Pergilah bercuti secara bijak dan jimat yang hanya terdapat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Tempat ini merupakan satu-satunya pusat peranginan yang dikelilingi dengan kehijauan padang golf, gunung ganang dan hutan belukar. Ianya juga tidak tercemar dengan sebarang pencemaran udara dari kilang maupun kenderaan. Kedudukannya juga tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.


Kemudahan Tersedia

• Terdapat 12 bulah bilik penginapan berhawa dingin, televisyen, tandas. Mandian air panas & telefon.
• Surau
• Restoran

• Dewan seminar untuk 250 orang berhawa dingin.
• Bilik mesyuarat berhawa dingin.
• Bilik kursus berhawa dingin.

• Ruang untuk meletakkan kenderaan.
• Taman permainan kanak-kanak.

• Tempat pemanggang BBQ.
• Padang golf.


Perkhidmatan Lain

Selain dari menyediakan dewan untuk seminar, di Rumah Rehat ini juga ada menyediakan pakej untuk majlis seperti kenduri keluarga, majlis perkahwinan, tahlil arwah, berzanji, aqiqah, hari keluarga, majlis hari jadi dan berbagai lagi.

Monday, June 15, 2009

Sinar Harian 15 Jun 2009

Monday, June 1, 2009

BERSAMA Y.B. SENATOR DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

Serba sedikit tentang Dato’ Maznah binti Mazlan yang saya ingat:
Di lahirkan di Tanah Rata Cameron Highlands kerana ketika itu ayahanda beliau bekerja dengan askar British dan di tempatkan di Cameron Highlands.
Ibu beliau bernama Tumina binti Said adalah dari keturunan Jawa yang berasal daripada Bukit Gantang, Perak
Bapanya berasal daripada Sungkai, Perak dan keturunan Kerinchi. Mengikut salasilah keluarga sebelah bapa beliau  hanya tiga generasi sahaja beliau tahu;

"Mazlah bin Taib bin Haji Rasul"

“Ketika saya kecil, saya perhatikan Tok saya memang seorang yang alim. Sebelum Subuh Tok sudah bangun dan akan gerakkan semua orang dalam rumah tersebut untuk bersedia solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh, Tok akan berdoa, berzikir dan membaca al Quran sehinggalah pukul lapan pagi. Setelah itu barulah Tok akan ke kebun. Apabila musim buah-buahan memang saat-saat ditunggu-tunggukan oleh kami sekeluarga. Ini adalah disebabkan di Tanah Rata Cameron Highlands tidak ada buah-buahan tempatan dan banyak tanam sayur sahaja. Setiap kali musim buah-buahan ayah akan bawa kami sekeluarga ke kampung Sungkai, Perak untuk makan buah-buahan tempatan di kebun Tok. Tok selalu berkata “Makan puas-puas… bila naik Tanah Rata sudah tidak ada buah-buah begini,” cerita Dato’ Maznah dengan panjang lebar.

Suami Dato’?…. Tidak ingat siapa namanya, tetapi saya dengar Dato’ kata, bapa kepada suaminya adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama. Kalau bergitu sudah tentulah Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein. Minta maaflah sekiranya tidak betul dan tersalah dengar. Sekian.

Sunday, September 7, 2008

Mesyuarat Tergempar

Selepas selesai kenduri kat rumah Pak Ngah, kak Ani terus ke rumah bapak. "Ada meting dengan bapak", katanya.

Bapak: Nak beritahu... raya keempat tahun ni, semua keluarga kita akan berkumpul kat sini... jadik kita nak jamu apa nanti?
Kak Ani: Nasi minyak la.


Abg Dahlan: Hishhh... macam nak buat kenduri kahwin je...
Mohd Nor: Kenduri untuk bapak la.


Saidi: Tak apa... nanti saya fikirkan resepi yang special.


Baik la pulak budak ni jika dengan babanya.


Su: Setiap orang mesti hulur la lebih-lebih sikit tau.


Abis kalau resipinya rahsia lagi... apa yang nak ditulis ni.


Abidah: Nanti Kak Nurul jadi tukang basuh pinggan tau.


Akilah baca paper ya... pandainya.


Dalam pada tu sempat gak berposing dengan Atam.


Akila sms sapa tu? Ha... Akilah dah ada pak we ya?


Tak kan la pulak Akilah sarung cincin kat tangan Ucu...

Batrisha

Ini kisah ibu dan anak...


Namanya Aleefa Madeeha maknanya peramah yang terpuji... kakak-kakaknya panggil Batrisha.


Tengok gayanya bila besar nanti boleh jadi penyanyi ataupun qariah...sebab masa baru lahir asyik melalak je.


Nasib baik kakak Akilah sayang baby.


Bila menangis Nurul lagi la suka mengusik budak tu.


Bila dah besar sikit pun macam tu jugak...kalau tak kenal orang tu dia menangis.


Tapi kalau orang lelaki yang pegang tak apa... rupanya dia suka dengan orang lelaki.



"Tak kira suka atau tidak kakak nak juga dukung dia," kata Nurul.



Kalau gini... ni anak ayah la.


Saidi: Kalau nak ambil la bawak balik.
MNR: Tak boleh nanti menangis la pulak mak dia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“Barangsiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar atas mereka, memberi mereka makan, minum, dan pakaian dari hartanya, maka mereka menjadi penghalang baginya dari api neraka kelak pada hari kiamat.”
(Dikatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Adabil Mufrad no. 56: “Shahih”)

Monday, September 1, 2008

KENDURI ARWAH

Pada 30 Ogos 2008, semua ahli keluarga Othman telah berkumpul di rumah Pak Ngah Hamzah di Padang Golf, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Alhamdulillah... ramai yang telah menghadirkan diri.


Zura dengan anak-anaknya.


Ni antara cucu-cucu Pak Lang


Kak Ani bersembang dengan Mak Ngah. Yang baju hijau tu namanya Nurul anak Sam. Sekarang belajar kat Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Tanjung Malim, Perak.


Su sedang menidurkan anaknya yang ke tiga. Disebelah Nurul tu anak su namanya Abidah dan Saja'ah (panggil adik je). Sekarang belajar kat Sek. Men. Agama Kuala Kubu Baharu.


Saidi bersama anak-anak teruna Kak Ani.


Seronok bila dapat berkumpul bergini.


Tengok tu... anak su dah sama besar dengan Mak Su.


Mak Su buat sesi ta'aruf ke?


Riuhnya dengan senda gurauan.


Dah besar rupanya anak Shafizah.

Solat Berjemaah

Solat jemaah tetap diutamakan. Yang lain bukan tak solat tau... tapi mereka pergi solat kat surau.


Solat diimamkan oleh Pak Cik Alias... Sebenarnya aku selalu saja tersasul panggil Pak Cik Alias dengan panggilan Pak Su. Entahlah aku pun tak ingat kenapa?

Majlis Baca Yassin Dan Tahlil

Pak Su: Hadiahkan bacaan Yassin dan tahlil ini buat arwah Othman bin Haji Khalid dan arwah Salio...



Al Fatihah...



Bismillah...


Yassin...






Yang pakai jubah hijau tu anak Mak Teh...sekarang belaja kat Mahat Tahfiz. Alhamdulillah.










Ni anak Sam yang ke 6. Namanya Siti Juwairiah... sama la pulak dengan nama wan adik atok kan?



Ni anak Sam jugak yang bongsu. Namanya Muhammad Firdaus.
Alaihai... macam orang posa tak makan... nak angkat tangan untuk berdoa pun tak larat.


Ni la Aiman... (Aiman tak kisah).



Sesi Menikmati Hidangan

Alhamdulillah... banyaknya makanan... Sedap hingga menjilat jari.


Abg Dahlan suami Kak Ani.


Mohd Nor Rafuzi suami Sam.


Ni Shahrudin suami Ruhaiza.


Amira anak dara Mak Su.


Yang pakai baju putih tu suami Zaiazni, namanya Mior Shamsuddin.





Kak Ani: Jemput makan... Jangan malu-malu.


Pak Teh dah makan ke? Rasanya dah banyak kali saya pusing kat sini... tak nampak pun Pak Teh makan.


Sopannya makan... boleh berkenalan?


Apalah yang diborak oleh anak bongsu Kak Ani dengan Aiman tu, sehingga Faizul abangnya pun tumpang sekaki dengar?




Ni anak Zaiazni daripada 5 orang adik beradik.


Zaizura dan suaminya Mohhd Bakhtiar melayan anak-anaknya makan.


Anak Zura dah 4 orang sekarang.




Ni orang rumah Helmi namanya Asmalia dengan anak-anaknya.


Rupanya dah 3 orang anak Helmi.


Mak Su: Hai makan bubur je... jaga badan ke? Sebenarnya aku dah melantak tadi. Mana boleh tahan.


Ni antara anak dara Sam. Sebenarnya perempuan ada 5 tapi sorang lagi ada program kat Politekniknya.






Oooo... rupanya kat belakang ada orang cucikan pinggan mangkuk.


Baju biru tu anak Pak Ngah, namanya Shafiq... Bagusnya siap panggil kawan-kawan tolong dia menyuci.


Sebelum balik dapat pulak bungkusan makanan... Ya Allah, mudah-mudahan murahlah rezeki Pak Ngah sekeluarga. Amin.

Kehadiran
Alhamdulillah... antara 7 beradik nampaknya Mak Jang tak dapat datang sebab jauh sangat.

Sebenarnya bapak demam ni...


Oleh kerana bapak tak de orang umah... letak la gambar anaknya jadi wakil yek. Tapi kenapa dengan mata Kak Ani?




Rasanya dari mula sampai le nak balik... Su duduk kat buai je. Dah jamah makanan ke... makan jangan tak makan. Penat Mak Ngah masak tau.


Dua daripada tiga orang menantu bapak yang datang. Sorang lagi abang Dahlan la suami Kak Ani.


Pak Ngah saya nak tanya, kenapa orang panggil Pak Ngah 'cikgu'? Orang yang beritahu saya tu tak nak beritahu. Dia suruh tanya Pak Ngah sendiri.


Tahniah Mak Ngah! Sebab terpilih sebagai staf yang cemerlang, sebab tu la agaknya majikan ambil Mak Ngah kerja semula.


Pak Lang pun ada jugak.


Mak Lang dengan anak dan cucunya.


Mak Dak pun datang


Mak Teh makan sorang je ke?



Pak Teh dengan Asmalia isteri Helmi.


Lepas makan kena buat senaman ke Mak Su? Kalau tak silap saya la.. kita kena jalan 100 langkah baru makanan kita tu boleh hadam.


Cayalah Pak Su... Kalau ada pertandingan berpakaian cantik... saya akan pilih Pak Su. Lengkap, pilihan warna yang menarik dan menepati konsep majlis.

Gelagat Anak-anak...

Anak Helmi




Bulu mata semuanya ikut macam ayah... melentik.


Kat luar orang baca Yassin... kat ruang tengah buat persembahan ya...


Maisara marah ke Kak Imah nak bergambar.


Anak dara sapa la ni?


Tak de sapa nak tangkap gambar dia... jadi tangkap la gambar sendiri yek?


Bukan senang nak tangkap gambar anak dara pemalu ni....kira ni tangkap gambar curi la.


Fuyooo... rambut punk la.


Maisara nak rotan sapa ni?


Comelnya...


Pandainya menari...


Baju warna sama... adik-beradik ke ni?


Ni anak Sabariah... Akilah namanya. Ada gaya jadi model... (model muslimah la).


Qila sakit gigi ke?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)