.jpg)


Mengikut catatan sejarah, Masjid Nabawi ini ditubuhkan di tempat berhentinya unta yang di naiki baginda ke Kota Madinah, di hadapan rumah Ayub Al-Ansari. Tapak pembinaan masjid tersebut adalah sebidang tanah yang dihadiahkan oleh dua putera Amru iaitu Sahal dan Sahil. Walau bagaimana pun, Rasulullah SAW telah membelinya dengan harga sepuluh dinar wang emas yang dibayar oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra.
Sebagai permulaannya, sebuah masjid sementara telah dibangunkan. Mula-mula masjid ini dibina daripada batang dan daun-daun pokok kurma serta batu-bata. Kemudiannya dibesarkan dari masa ke masa sehinggalah menjadi masjid yang indah seperti yang boleh kita saksikan sekarang.
Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattabmencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Perjalanan mengerjakan haji
gambaran episod kematian
dan kehidupan selepas mati
yang bakal ditempuh oleh setiap diri.
Bermula dengan menanggalkan segala pakaian
dan perhiasan dunia di Miqat.
Ketika itu tertanggallah segala harta,
keluarga, sahabat-handai yang dikasihi
dan sanjungan nama, pangkat serta darjat.
Dengan dibaluti kain ihram,
diri menjadi setaraf tanpa beza
dengan lautan manusia yang lain.
Semuanya pulang kepada Allah
dalam kebimbangan
kerana ketidakpastian nasib masing-masing.
Namun berharap
agar kepulangan bakal diterima-Nya dengan baik.