Friday, October 29, 2010

Perjalanan Kembali Menuju Ilahi

Mengerjakan haji merupakan satu perjalanan
meninggalkan rumah kediaman
menuju ke rumah Allah,
Baitullah di Makkah al-Mukarramah.
Ia memaparkan kecintaan sejati
kasih sayang mendalam kepada Allah SWT
dengan menyahut panggilan-Nya
untuk datang bertamu.
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s
menyeru manusia mendatangi rumah-Nya.

Firman Allah:
“Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”
(al-Haj: 27)

Perjalanan mengerjakan haji

gambaran episod kematian

dan kehidupan selepas mati

yang bakal ditempuh oleh setiap diri.

Bermula dengan menanggalkan segala pakaian

dan perhiasan dunia di Miqat.

Ketika itu tertanggallah segala harta,

keluarga, sahabat-handai yang dikasihi

dan sanjungan nama, pangkat serta darjat.

Dengan dibaluti kain ihram,

diri menjadi setaraf tanpa beza

dengan lautan manusia yang lain.

Semuanya pulang kepada Allah

dalam kebimbangan

kerana ketidakpastian nasib masing-masing.

Namun berharap

agar kepulangan bakal diterima-Nya dengan baik.

Itulah hakikatnya
ibadah haji
satu perjalanan manusia
kembali menuju Allah, Tuhannya.
Bukankah manusia itu hamba kepunyaan Allah?
Kerana dari Allah kita datang
maka kepada-Nya setiap diri kita akan kembali.


Firman Allah SWT:
“Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (tujuan perjalanan) semua makhluk.”
(an-Nuur: 42)

Sekian.
Buat suamiku tersayang:
Mohd Nor Rafuzi bin Ahmad Razali
Semoga mendapat haji yang mabrur.
Amin.


CATATAN 1 PERJALANAN SUAMIKU

9 Oktober 2010 - Dalam kokpit pesawat KT3 dalam perjalanan ke Madinah.


Bersama Encik Khairulzaini bin Abdullah, rakan setugasnya.

Beramah mesra dengan pilot yang bertugas.

Yang menariknya kedua pilot ini adalah terdiri daripada anak beranak... ayah dan anaknya.

DI MADINAH

Imam Muda Hazran tiba di Madinah pada 16 Oktober 2010.

Ketika di Madinah menginap di Hotel Al Haram.

Imam Muda Asyraf pun ada juga...

Di hotel Al Haram...

Imam Muda Hazran dan Imam Muda Asyraf.

Bergambar sebagai kenang-kenangan.

Alhmdulillah, muda-muda sudah berpeluang menunaikan haji.

Macam anak beranak la pulak...

Makan sepinggan pulak tu... itulah ukhwah namanya.


Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah bahawa Dia mencintainya."
[HR Bukhari]

No comments: