Sunday, October 31, 2010

Payung Gergasi


Payang gergasi ini terletak di Masjid Nabawi, Madinah.

Payung gergasi ini akan memayungi jemaah yang melimpah di masjid ini daripada terikan panas cahaya matahari.

Payung ini memakan masa sesaat sahaja untuk ia mengembang dan menguncup.

Semuanya digerakan oleh motor elektrik yang dikendalikan secara otomatik.

Kalau semua payung tersebut menguncup , maka ia akan kelihatan seperti tiang menara masjid . Sungguh suatu perpaduan antara teknologi dan seni yang sangat indah.





MASJID NABAWI


Masjid Nabawi merupakan masjid yang kedua mulia bagi umat Islam selepas Masjidil Haram. Di masjid inilah terletaknya maqam Rasulullah SAW dan Maqam kedua-dua sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar ra dan Saidina Umar Al-Khatab ra.


Mengikut catatan sejarah, Masjid Nabawi ini ditubuhkan di tempat berhentinya unta yang di naiki baginda ke Kota Madinah, di hadapan rumah Ayub Al-Ansari. Tapak pembinaan masjid tersebut adalah sebidang tanah yang dihadiahkan oleh dua putera Amru iaitu Sahal dan Sahil. Walau bagaimana pun, Rasulullah SAW telah membelinya dengan harga sepuluh dinar wang emas yang dibayar oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra.

Sebagai permulaannya, sebuah masjid sementara telah dibangunkan. Mula-mula masjid ini dibina daripada batang dan daun-daun pokok kurma serta batu-bata. Kemudiannya dibesarkan dari masa ke masa sehinggalah menjadi masjid yang indah seperti yang boleh kita saksikan sekarang.


ADAB @ AMALAN KETIKA DI MASJID NABAWI


- Berniatlah tujuan datang ke Masjid Nabawi adalah untuk ziarah nabi.
.Sekiranya berniat untuk ziarah Nabi, anda akan mendapat syafaat Nabi dan juga pahala solat di Masjid Nabawi.
  • SELAWAT ke atas Rasulullah SAW. sebanyak-banyaknya.
  • Memberi ucapan salam kepada Rasulullah SAW, serta Saidina Abu Bakar As Siddiq ra dan Saidina Umar Al Khatab ra.
  • Selama berada di Madinah, anda perlu ada kesempatan untuk mendapat 40 waktu solat berjemaah di Masjid Nabawi
  • Solat sunat bersembahyang sunat tahiyyatul masjid dua rakaat di dalam atau di hadapan di samping Mihrab Mimbar Nabi di Raudhah atau di mana-mana tempat di Masjid Nabawi. Mihrab ini adalah tempat Rasulullah SAW buat pertama kali mengadap ke Baitullah.
  • Membaca Al-Quran. Digalakkan berkhatam membaca Al Quran di dalam Masjid ini.
  • Bacaan doa Semasa melangkahi kaki ke dalam Masjid Nabawi dan solat sunat tahiyyatul masjid sebaik masuk ke dalamnya.
  • Berzikir dan berselawat keatas Rasulullah SAW.
  • Bersedekahlah kepada fakir miskin di kawasan masjid tersebut.



  • Jom Dengar Azan Di Masjid Nabawi Madinah



    Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

    Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

    Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattabmencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

    Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

    Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

    Azan dan Iqamat







    No comments: