Serba sedikit tentang Dato’ Maznah binti Mazlan yang saya ingat:
Di lahirkan di Tanah Rata Cameron Highlands kerana ketika itu ayahanda beliau bekerja dengan askar British dan di tempatkan di Cameron Highlands.
Ibu beliau bernama Tumina binti Said adalah dari keturunan Jawa yang berasal daripada Bukit Gantang, Perak
Bapanya berasal daripada Sungkai, Perak dan keturunan Kerinchi. Mengikut salasilah keluarga sebelah bapa beliau hanya tiga generasi sahaja beliau tahu;
"Mazlah bin Taib bin Haji Rasul"
“Ketika saya kecil, saya perhatikan Tok saya memang seorang yang alim. Sebelum Subuh Tok sudah bangun dan akan gerakkan semua orang dalam rumah tersebut untuk bersedia solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh, Tok akan berdoa, berzikir dan membaca al Quran sehinggalah pukul lapan pagi. Setelah itu barulah Tok akan ke kebun. Apabila musim buah-buahan memang saat-saat ditunggu-tunggukan oleh kami sekeluarga. Ini adalah disebabkan di Tanah Rata Cameron Highlands tidak ada buah-buahan tempatan dan banyak tanam sayur sahaja. Setiap kali musim buah-buahan ayah akan bawa kami sekeluarga ke kampung Sungkai, Perak untuk makan buah-buahan tempatan di kebun Tok. Tok selalu berkata “Makan puas-puas… bila naik Tanah Rata sudah tidak ada buah-buah begini,” cerita Dato’ Maznah dengan panjang lebar.
Suami Dato’?…. Tidak ingat siapa namanya, tetapi saya dengar Dato’ kata, bapa kepada suaminya adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama. Kalau bergitu sudah tentulah Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein. Minta maaflah sekiranya tidak betul dan tersalah dengar. Sekian.
2 comments:
salam
wah...sempat jugak kak syam kita ni,bergambar gan datuk Maznah .em...ada ape2cerita yg manarik ke untuk dikongsi bersama?
Assalamalaikum Maksu,
Cerita yang menarik...
Dato mengharapkan persatuan memiliki laman web rasmi PAKHU. Mudah-mudahan setiap ahli mudah hengak mengakses dan persatuan ini lebih dikenali.Sama-samalah kita tunggu kewujudannya.
Post a Comment