Dikatakan cabei Pihek atau pun dikenali juga sebagai cabei duo adalah makanan kegemaran orang Kerinchi. Kebiasaannya dimakan dengan pucuk ubi beos maksudnya pucuk ubi yang telah direbus.
Bahannya:
Cili Api
Garam
Cara membuatnya:
Cili di penyek mengunakan batu lesung (bukan ditumbuk) kemudian masukkan sedikit garam.
Info Warisan Budaya Malaysia
Lesung Batu
Lesung batu diperbuat daripada batu tunggal (monolith). Ia mempunyai anak batu yang digunakan sebagai penumbuk dan bekas penumbuk yang lompang dipanggil ibu. Ianya digunakan untuk menumbuk bahan dalam kuantiti yang sedikit seperti cili, rempah, kacang dan kerisik untuk kegunaan harian .
Rujukan: http://malaysiana.pnm.my
6 comments:
Pasal cabei pehek mmg byk sejarah buat keluargaku satu masa dulu.Yalah aku dulu kira susah jgak.Apa yg emak masak sdp2 belaka termasuk cabei pehek ni.klau tak ada tak sah. Emmm....maberlus betul itu blum yg lain2.walaupun emak dah tak de akan ku ingat sampai kini.kekadang aku buat jugak cabei pehek ni makan gan sup..fuyoh terangkat jugak hi...hi..hi..
Salam,
Kadang-kadang apa yang kita masak tidak sama dengan mak masak, walaupun bahan dan sukatan yang sama. Mungkin sebab mak masak dengan penuh rasa kasih sayang... sebab itu lah apa saja yang mak masak semuanya sedap belaka. Itulah berkat air tangan seorang ibu.
cabei pihek gaul dengan tempoyak..
uhhh....sedep!!!!!
masakn kegemaran sya swktu kecil di kg hulu langat ..
Salam
Bila bro.matt kata sedep digaul dengan tempoyak... teringat semula masa kecil... memang arwah nenek saya kalau hidang cabei pihek di sebelahnya ada tompoyak. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.
Salam perkenalan buat nieyyana. Terima kasih sebab ziarah blog saya. Saya pun baru teringat bahawa masakan ini merupakan makanan kegemaran saya masa kecil dulu. Insya-Allah selepas ini kena buat selalu.
Post a Comment