Thursday, July 2, 2015

Kretif Dalam Sedekah

Ana tertarik dengan idea EcoDaisy  ini. Kebiasaannya jika kita hendak memberi burung makan, kita akan menabur makanan di tanah. Jika rumah yang tiada tanah sebab duduk apartment, sudah tentulah makanan yang berlebihan kita akan masuk dalam plastik dan buang sajakan. 

Idea kretif ini adalah satu cara bagaimana hendak manfaatkan barangan yang tidak digunakan lagi. Termasuk makanan yang lebih boleh di sedekahkan kepada burung-burung yang berterbangan. 

- 0 -

Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar.

Kerana, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat.
Lima akan diberikan di dunia, dan
Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.















Wednesday, July 1, 2015

Pujuklah Jika Menangis


Alolooloo...
Kenapa nangis...
Siapa buat dia....
Jangan nangis lagi ya...
Nanti Wan babap Pak Su sebab suka usik dia ya.

- 0 -

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
#copypaste fb Ryhan Musa

Tuesday, June 30, 2015

Bechamel Pumpkin


Lapisan labu:
1/2 biji labu manis saiz besar. Dipotong kiub.
2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu teh esen vanila
1 cawan kacang almond/walnut (kalau suka)
Lapisan bechamel:
3 sudu mentega
3 sudu tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air rebusan labu

Cara:
1. Rebus labu bersama gula, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau dan biarkan masak empuk.
2. Toskan labu. Simpan 1/2 cawan air rebusan tu untuk buat lapisan bechamel.
3. Masukkan dalam loyang pembakar. Tekan-tekan labu biar mampat ke dasar loyang. Kalau suka, taburkan kacang di atas lapisan ini.
4. Lapisan bechamel: cairkan mentega dalam kuali. Guna api kecil.
5. Campurkan tepung. Kacau rata.
6. Masukkan susu segar dan air rebusan labu tadi. Kacau sehingga licin dan agak pekat.
7. Tuang lapisan bechamel atas lapisan labu. Bakar dalam oven (rak tengah) dengan suhu 180℃ selama 30 minit. Kemudian bakar di rak atas sehingga lapisan bechamel jadi keperangan.
Enak dimakan sejuk!
Sedap, uolllllssss! Eh maksud saya, selamat mencuba, ya.

Like · Comment · 

Cara Cepat Belajar Microsoft Office PowerPoint 2007 Secara Komplet

cara membuat teks berjalan pada powerpoint