Masih lagi mengenai perjalanan ana
ketika mengikuti
Program Ziarah Ramadan 2 2013
Tajaan Buraq Oil dengan kerjasama
keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB) dan Tourism Malaysia.
Malam semakin larut
namun ana, Farhana dan
Imman
(wakil GIMG)
masih tidak dapat hendak
melelepkan mata
kerana suasana dalam koc
riuh rendah dengan gelak ketawa
rakan media yang lain.
Maklumlah
sesekali dapat berjumpa dan
berkumpul,
mungkin.
Bersama Imman dan Encik Nizuan Hanafi
yang bertugas sebagai Penerbit di
BERNAMA Radio24.
Setelah memperkenalkan diri kami dari
GIMG
Encik Nizuan terus beritahu
bahawa dia pernah berurusan
dan sering ke tempat kami kerja ketika
ana berpusat di TTDI dahulu.
Apa lagi semakin rancaklah
perbulan kami.
Tambahan pula dia kenal ramai
rakan-rakan ditempat kerja ana sekarang.
Wakil Media:
“Encik, kami teringin hendak
tengok apa yang ada dalam kepala
keretapi.
Boleh kami masuk tak?”
Wakil KTMB:
“Boleh. Tapi hanya boleh masuk
dua orang sahaja. Kalau ramai yang masuk bergilir-gilirlah ya.”
Seronoknya ana dapat peluang
sebegini.
Tapi ana hendak masuk dengan
siapa
sebab Imman dan Farhana akan
masuk berdua?
Ya.. ana akan masuk bersama Encik
Nizuan.
Kami bergilir-gilir masuk ke
kepala keretapi
apabila keretapi berhenti di
stesen-stesen
untuk menurunkan dan mengambil
penumpang.
Alhamdulillah
ada sudah berada di kepala keretapi sekarang.
Memang kecil sangat ruang disini.
Patutlah dibernarkan hanya dua
orang sahaja boleh masuk dalam satu masa.
Inilah adalah salah seorang
pemandu keretapi.
Terdapat seorang lagi pemandu
tetapi kerjanya
memerhati beberapa meter ke
hadapan rel laluan keretapi.
Dalam lebih kurang 5 saat dia
akan beritahu ok atau tidak.
Sekiranya di rel keretapi tiada
masalah
dia akan sebut ok sahaja.
Sebenarnya
sebelum ana dapat naik ke sini
tadi
keretapi ini telah berhenti lebih
kurang 2 jam
kerana terdapat orang mayat di
rel keretapi.
Menurut kata petugas KTMB
ada dua keadaan orang yang mati.
Jika si mayat berada di tengah
keretapi
itu tandanya memang si mati
hendak bunuh diri.
Sebaliknya jika berada di sebelah
tepi rel
Si mati sebelum ini adalah dalam
keadaan mabuk.
Kebanyakan mangsa di rel keretapi
adalah kaum Inda.
Wallahhualam.
Ana selalu bayangkan jika hendak
memandu kenderaan
mestilah ada stereng bulat
seperti di dalam kereta atau bas.
Rupanya sangkaan ana meleset
kerana tidak kelihatan langsung
stereng di sini.
--- 0 ---
Jom lihat apa yang terdapat
di dalam kepala keretapi.
--- 0 ---
Ustaz dari Buraq Oil yang banyak
memberi info
ketika sesi lawatan kami di kepala
keretapi.
Merakamkan gambar kenangan
bersama salah seorang pemandu.
Ambil pengalaman untuk merasai
bagaimana menjadi pemandu
keretapi.
Alhamdulillah
bersyukur sekali
lagi sebab dipeluang
untuk menyaksikan sendiri
bagaimana keadaan dan tempat bertugas
seorang pemandu keretapi.
Semoga dapat memberi sedikit
gambaran
kepada yang tertanya-tanya
bagaimana kereapi dibawa.
--- 0 ---
DI KOC VIP
Satu lagi yang pengalaman yang
tidak diduga
apabila ditakdirkan sesat di
dalam koc VIP pada malam yang sama.
Siapa sangka sebalik turun dari
melawat kepala keretapi
dan masuk semula ke dalam koc,
ana sudah berapa
di dalam koc ini.
Rakan media yang lain juga ambil
kesempatan untuk
bergambar kenangan setelah
berpelung
berada di dalam koc yang sangat
cantik ini.
Berada dalam koc ini
terasa bagaikan berada di dalam
bilik sebuah rumah.
Ini disebabkan ada perabut,
kerusi, tv...
Hiasan dinding yang cantik dan
hiasan lampu yang menarik.
Ana bersama Imman juga tidak
melepaskan peluang untuk
merakamkan kenangan di koc VIP
ini.
Malam sudah larut
akhirnya kami terlena juga.
Lihatlah macam-macam gaya kami
tidur...
Apa yang penting dapat meleapkan
mata walaupun sebentar.
Kemudian kami dikejutkan untuk
bersahur pula.
Keretapi terus membelah dingin
subuh.
Selepas solat Subuh kami tidak
mengawal mata
untuk berjaga terus kerana
tersangat mengantuk.
Kami bagaikan dibuai
mengikut gerakan keretapi kekiri
dan kekanan.
Membuatkan
kami semakin lena diulit mimpi
sekali lagi.
Sehingga terlupa
“Mewarisi kepapaan tidur selepas
Subuh.”
(*_*)
Baca seteusnya limpahan kenangan
Ana bersama
“Program Melancung Sambil Beramal Buraq Oil”
di Kedah pula...
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment