Wednesday, May 19, 2010

Tanah Suci Makkah Al-Mukkaramah Bakal Berubah Wajah

Saban tahun para jemaah haji semakin bertambah. Kawasan yang boleh menampung seramai mana sekali pun, kalau semakin hari dan saban tahun musim haji umat Islam semakin bertambah, maka kawasan akan menjadi kecil dan sempit, walau pun dulunya ia luas seluas-luasnya.
Pemerintahan Arab Saudi sering memikirkan mengenai masalah jamaah haji yang saban tahun semakin bertambah. Itulah sebabnya pemerintah Arab Saudi telah merancang untuk membangunkan Bandar Suci Makkah itu.
Melihat kepada “lakaran gambar” itu menunjukkan memang masa depan, Bandar Suci Makkah itu memang hebat sekali.



Kawasan dataran Masjidil Haram semakin diperluaskan lagi. Hotel-hotel lama, bangunan-bangunan lama, gerai-gerai lama yang berusia puluhan tahun dan hampir mencecah ratusan tahun itu sudah lenyap sama sekali.



Kawasan dataran Masjidil Haram semakin diperluaskan lagi. Hotel-hotel lama, bangunan-bangunan lama, gerai-gerai lama yang berusia puluhan tahun dan hampir mencecah ratusan tahun itu sudah lenyap sama sekali.




Disekeliling Masjidil Haram, iaitu sebuah Masjid yang paling Agung di muka bumi ini akan dikelilingi dengan bangunan-bangunan pencakar langit.Kebanyakannya hotel-hotel dan bangunan-bangunan atau pun tempat-tempat orang ramai melihat-lihat keadaan sekeliling akan dihiasi dengan indah dan menarik.


Masjidil Haram itu sendiri akan diperluas dan dibesarkan lagi. Ini sesuai dengan dasar asas utama Islam untuk memberi keselesaan kepada umatnya melakukan ibadah dengan mudah.

Projek Kereta Api Bandar Mekah

Ini adalah model projek terletak di jalan Kudus sebelum jambatan terakhir untuk memasuki Mekah.



Parkir kereta boleh menampung lebih daripada 3,500 kereta.


Ini gambar Masjid Raja Abdullah, yang terletak di sepanjang laluan dari projek ini adalah sebuah permata senibina Ultimate

No comments: