Sunday, August 9, 2009

Program Kenali Pontesi Diri

Program yang diadakan di Seri Kembangan ini merupakan program percuma kerana nekad Dr Azizan Osman ialah jika sasaran syarikatnya berjaya, malah melepasi sasaran dia akan adakan program percuma untuk membantu orang ramai mengenali diri dan yang lebih penting berjaya dalam kehidupan.


Setiap manusia ada kelebihan atau potensi tertentu, tetapi ramai tidak tahu mengenainya dan menggunakannya. Oleh kerana itu masih ramai tidak mengenali potensi diri meskipun sebenarnya seseorang boleh berjaya dengan cemerlang.
Tahukah anda melalui tarikh lahir juga, kita boleh kenal potensi diri, membangunkan diri, kenal pasti rakan bisnes yang sesuai atau tidak, suami isteri, anak tidak mahu belajar, pekerjaan dan pelajaran. Turut serta progam ini Kak Rosiah, Rokiah dan Siti isteri kepada Amran (Kumpulan Raihan).Mereka ini adalah jiran-jiran saya.


Itulah antara ilmu yang baru saya ketahui setelah mengikuti program “Kenali Pontensi Diri” pada 26 Julai lalu. Program ini telah dikendalikan oleh Dr Azizan Osman, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richworks Resources Sdn. Bhd. Walaupun pada mulanya saya tidak berapa yakin sebab kaedah mengira tarikh lahir seperti meramal nasib dan khurafat. Tetapi setelah mengikuti program ini…. Hisssh banyak pulak yang betul apabila dikira dan dinilai melalui tarikh lahir saya. Oleh kerana sudah mengetahui kelemahan diri... nampaknya saya kena lebih banyak untuk bermujahadah membaiki diri. Insya-Allah berkat mujahadah itu dikira oleh Allah dan diberi keberkatan untuk lebih berjaya hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Oleh kerana anak-anak cuti semester jadi Syakilah dan Nurul anak remaja saya ini ikut serta mengikuti program ini. Mudahan-mudahan mereka kenali pontensi diri masing-masing.Kalau hendak tahu apa pendapat mereka mengenai program ini lawati: web diarynurul.

Kesimpulannya, pada pendapat saya… semua ilmu adalah dari Allah… sebagai manusia biasa kita memang banyak kelemahan dan pasti ada kelebihan pula disudut yang lain. Apabila sudah tahu dimana kelemahan kita… baikilah diri bersungguh-sungguh agar kita dapat mengatasi kekurangan itu. Insya-Allah apabila kita telah mengenali diri sendiri, kita akan bangkit untuk membanguan diri maka terserlahlah pontensi diri.


Menurut Dr Azizan, untuk berjaya seseorang itu perlu ada tiga perkara iaitu mentor, ilmu dan sistem yang baik. Workshop Rahsia Tarikh Lahir adalah satu program seminar yang membantu setiap individu untuk mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan hidup.Tidak seperti program atau seminar lain, dengan menyertai Workshop Tarikh Lahir ini, anda akan diajar untuk menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT Analysis) seseorang untuk membina strategi peningkatan membina strategi peningkatan potensi diri untuk jangka panjang!

No comments: