Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 6 Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad 2009, telah diadakan di Function Romm 1, Tingkat 4, Dynasty Hotel Kuala Lumpur. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ahli koperasi, ahli lembaga koperasi, pemerhati, wakil SKM, wakil Angkasa dan juga orang ramai.
Tuan Hj Mustapa Kamal Maulud (Pengerusi UKHWAH): "Beriltizamlah untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan menjana idea-idea yang bernas dan berinovasi serta berwawasan kearah masa hadapan Koperasi UKHWAH yang lebih cemeralng dan gemilang.Sebagai bekalan pesanan dari Allah SWT untuk warga kerja Koperasi UKHWAH adalah seperti firmannya yang bermaksud:
“Sesungguhnya kemenangan bagi orang-orang mukmin, yang menunaikan solat dengan khusyuk, dan meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” Al Mukminun; 1 -3)
Datuk Rahim Baba:"Kalau diperingkat awal UKHWAH menjalankan perniagaan memasarkan produk makanan yang diusahakan oleh masyarakat Islam seperti kicap soya, cili sos dan cuka. Tetapi kini kita mahu UKHWAH memiliki sendiri kilang-kilang memproses kicap, cili sos dan seumpamanya..."
Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Makan Malam untuk peserta yang hadir. Turut hadir pada malam itu ialah ibu kepada pengerusi kita Tuan Hj Mustapa Maulud.
Kak Lizara bersama dua orang anaknya bernama Khalid dan Omar.
Penginapan turut disediakan di Dynasty Hotel Kuala Lumpur ini, untuk perwakilan yang hadir. Sesekali seronok juga berada ditengah kota dan menyaksikan keindahannya.
Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur pada waktu siang dan malam.
No comments:
Post a Comment