Tuesday, June 17, 2008

2006 Bermulanya Perhimpunan Keluarga

Pada awal bulan Julai 2006, keluarga Othaman telah mengadakan Hari Keluarga buat pertama kalinya. Seluruh ahli keluarga telah berkampung di Villa Ukhwah yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pendaftaran bermula jam 12 tengah hari dan bersurai pada 12 tengah hari esoknya. Alhamdullah... walaupun masa untuk bersama hanya sehari sahaja tetapi program ini benar-benar telah mengeratkan kembali siratulrahim kami sekeluarga. Semua keluarga telah berkerjasama untuk mematuhi jadual yang telah diaturkan. Aturcaranya ialah;

12.00pm - Pendaftaran
1.30 - Solat Zuhur berjemaah
2.00 - Makan tengahari (masing-masing bawa bekalan sendiri)
3.00 - Ucapan daripada Mohd Fuad (anak sulung Othman)
3.00 - Acara bebas
4.30 - Solat Asar berjemaah
5.00 - Kuliah Asar
7.30 - Solat Maghrib berjemaah
- Bacaan Yasin
8.30 - Solat Isyak berjemaah
9.00 - BBQ
- Mesyuarat 7 beradik
6.00am - Solat Subuh berjemaah
7.00 - Sediakan sarapan
8.00 - Sarapan
8.30 - Sukaneka
10.00 - Penyampaian hadiah
11.00 - Bersihkan kawasan
12.00pm - Bersurai



Ni peta ke Villa Ukhwah.


Kolam renangnya...


Sebahagian daripada ruang tamunya...


Bilik Gym...


Dapurnya... besar gak la.

Bilik utama.. besar betul bilik ni.


Dalam bilik utama tu... ada bilik lagi...


Bilik yang ke2 besar.




Antara bilik-bilik yang ada... semuanya ada 16 bilik kalau tak silap la...


Bilal muda melaungkan azan.


Solat berjemaah tetap diutamakan.


Barisan saf kanak-kanak..



Amin...


Yaasiinnnn...





Wasi... memulakan ucapan sebagai pembukaan majlis.


Penceramah jemputan daripada Wasiyyah Shoppe...


Khusyuk mendengar...


Seriusnya maksu...


Kak Ani: Apa yang lawak sangat tu?


Terimalah seadanya ustaz...
Alhamdulillah... terima kasih.


Jemput makan ustaz...


Eh... eh... macam pernah tengok la pasangan ni... kat mana ya...? Oooo... yang pernah masuk dalam majalah anis.... Besar gak muka dorang kat dalam tu... satu malaya dah tahu. Boleh minta tanda tangan?





Acara Sukaneka Kanak-kanak

Pak Cik Yan nak kamu semua terjun kolam tu... dan siapa yang boleh lama tahan nafas dalam air dikira menang. Ada boleh?

Acara Sukaneka Untuk Remaja

Pak Su: Alahai baling la kuat sikit... macam tak makan je.


Kak Ani: Korang orang bujang.. kena baling kuat sikit. Kalau tak buat malu je kat orang pompuan.
Acara Dewasa Lelaki

Pak Ngah memulakan lontaran.


Yan dengan gaya yang tersendiri.

Acara Boling Padang Wanita

Mak Jang: Ala hai... koner kata tempat lain la pulak.
Yan: Tak pe... ada 2x can lagi.


"Macam mana la pulak buah kelapa ni boleh jatuh dari atas..."


Ada gaya...


Boleh tahan... anak sapa la tu...


"Bismilla...."

Gaya Seorang Juara

"Yes! Kena la!"

Gaya Juara Boling Padang Wanita

"Puhhh.!.. Puhhh!.... kenalah!"

Acara Berjalan Menempoh Halangan

(Rentak lagu nenek-nenek) Nenek datok... matanya buta... mencari cucu dimana ada...
Maksu: Janganlah kepit kepala saya... cam mana nak jalan.


Adat permainan... sapa sampai dulu dia la menang.

Acara Menantu dan Remaja

Shahrul: Macam acara budak-budak tadika je.
Adam: Ala.. tak kisah lah. Janji kita semua enjoy.
Cikgu: Kena buat betul-betul ni... malu la kalau orang bujang yang menang.

Acara Penyampaian Hadiah
Terima kasih atok.
Atok: Pas makan gula-gula ni... gosok gigi tau... Nanti gigi jadi macam atok.
Pak Teh: Oleh kerana tak cukup tangan... pas ambik hadiah ni ambil semua hadiah kat meja tu ok.
Mak Teh: Banyaknya...


Pak Lang: Dapat ni je...
Pak Teh: Ok la tu lang... hadiah yang lain Ru dah sapu abis.

Keluarga Bertuah

Syam: Burok sikunya aku... aku yang taja hadiah ni aku ambil balik bagi kat bapak aku lak.


Datok kita kongsi dua hadiah ni tau.


Pak Su: Apa yang diharapkan ialah semoga ikatan yang kita jalinkan ini berterusan sehingga akhir hayat dan tidak berhenti di sini saja.... bla..bla..bla...
Mohd Nor: Ceria la sikit... macam nak tidur je....


Alahai... panjangnya Tok Su berceramah... kami dah tak larat ni. Tak sabar nak terjun kolam lagi.

Satu... Dua... Tiga... Senyum... Klik.


Ni dia anak-anak Othman.... orang kuat kita. Semoga dipanjangkan umur hendaklah.


Sabda Rasulullahh s.a.w.:
‘Tidak beriman seorang kamu sehinggalah kamu kasih terhadap saudara kamu sepertimana kamu kasih kepada dirimu sendiri.’
(Riwayat Bukhari Muslim)