Friday, May 15, 2015

Sara

Jom Belajar Al Quran

Assalamualaikum,

Anda masih tercari-cari langkah pertama yang betul dan tepat untuk belajar al Quran kerana menghadapi masalah berikut?

Tidak tahu membaca al Quran
Tidak tahu menulis al Quran
Tidak mahir membaca al Quran

Nak belajar al Quran tapi tak tahu cara yang betul kerana tiada masa. 
Nak ajar anak-anak pun belum ingat lagi hukum tajwid.

Jika anda menghadapi masalah sebegini boleh cuba
kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ keluaran Salam Cipta (M) Sdn Bhd.
Mudah-mudahan dapat membantu.
Kaedah ini telah dicuba kepada warga
Amerika, China dan Filipina
yang tidak tahu langsung membaca Al Quran.
Alhamdulillah,
kesannya mereka sangat gembira,
boleh dekatkan diri dengan Islam,
ajar anak-anak dan tambah pahala.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah

Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ

Keistimewaan PLBQ:

1. Fungsi kawalan kelajuan bacaan Qari
Anda boleh memperlahan bacaan Qari supaya anda dapat mengikuti bacaan dan sebutan dengan betul.

2. Bacaan Qari akan terhenti pada wakaf yang sepatutnya.
Anda tidak perlu lagi risau di mana perlu berhenti.

3. Fungsi terjemahan audio dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris pun ada. Hanya tekan sahaja pada ayat yang anda ingin dengar terjemahan.

4. Tidak perlu beli bateri. Bateri pen ini sudah terbina dalam dan boleh charge macam handpone anda.

5. Mudah untuk dikendalikan samada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

6. Anda juga boleh mempelajari hukum tajwid dengan mengunakan Buku Tajwid yang disediakan secara PERCUMA untuk memantapkan lagi bacaan al Quran anda.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah


Thursday, October 31, 2013

Limpahan Kenangan di Dalam KTMB


Masih lagi mengenai perjalanan ana 
ketika mengikuti
Program Ziarah Ramadan 2 2013
Tajaan Buraq Oil dengan kerjasama
 keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Tourism Malaysia.


Malam semakin larut
namun ana, Farhana dan Imman 
(wakil GIMG)
masih tidak dapat hendak melelepkan mata
kerana suasana dalam koc
riuh rendah dengan gelak ketawa rakan media yang lain.
Maklumlah
sesekali dapat berjumpa dan berkumpul,
 mungkin.


Bersama Imman dan Encik Nizuan Hanafi
yang bertugas sebagai Penerbit di BERNAMA Radio24.
Setelah memperkenalkan diri kami dari GIMG
Encik Nizuan terus beritahu bahawa dia pernah berurusan
dan sering ke tempat kami kerja ketika ana berpusat di TTDI dahulu.
Apa lagi semakin rancaklah perbulan kami.
Tambahan pula dia kenal ramai rakan-rakan ditempat kerja ana sekarang.


 
Wakil Media:
“Encik, kami teringin hendak tengok apa yang ada dalam kepala  keretapi.
Boleh kami masuk tak?”
Wakil KTMB:
“Boleh. Tapi hanya boleh masuk dua orang sahaja. Kalau ramai yang masuk bergilir-gilirlah ya.”


Seronoknya ana dapat peluang sebegini.
Tapi ana hendak masuk dengan siapa
sebab Imman dan Farhana akan masuk berdua?
Ya.. ana akan masuk bersama Encik Nizuan.



Kami bergilir-gilir masuk ke kepala keretapi

apabila keretapi berhenti di stesen-stesen
untuk menurunkan dan mengambil penumpang.



DSC_0184.JPG (1600×1059) 
Alhamdulillah
 ada sudah berada di kepala keretapi sekarang.
Memang kecil sangat ruang disini.
Patutlah dibernarkan hanya dua orang sahaja boleh masuk dalam satu masa.



Inilah adalah salah seorang pemandu keretapi.



Terdapat seorang lagi pemandu tetapi kerjanya
memerhati beberapa meter ke hadapan rel laluan keretapi.
Dalam lebih kurang 5 saat dia akan beritahu ok atau tidak.
Sekiranya di rel keretapi tiada masalah
dia akan sebut ok sahaja.

Sebenarnya
sebelum ana dapat naik ke sini tadi
keretapi ini telah berhenti lebih kurang 2 jam
kerana terdapat orang mayat di rel keretapi.
Menurut kata petugas KTMB
ada dua keadaan orang yang mati.
Jika si mayat berada di tengah keretapi
itu tandanya memang si mati hendak bunuh diri.
Sebaliknya jika berada di sebelah tepi rel
Si mati sebelum ini adalah dalam keadaan mabuk.
Kebanyakan mangsa di rel keretapi adalah kaum Inda.
Wallahhualam.


Ana selalu bayangkan jika hendak memandu kenderaan
mestilah ada stereng bulat seperti di dalam kereta atau bas.
Rupanya sangkaan ana meleset
kerana tidak kelihatan langsung stereng di sini.


--- 0 --- 



Jom lihat apa yang terdapat
di dalam kepala keretapi.







--- 0 ---


 
Ustaz dari Buraq Oil yang banyak memberi info
ketika sesi lawatan kami di kepala keretapi.


Merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang pemandu.


Ambil pengalaman untuk merasai
bagaimana menjadi pemandu keretapi.


 
Alhamdulillah 
bersyukur sekali lagi sebab dipeluang
untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan dan tempat bertugas
seorang pemandu keretapi.
Semoga dapat memberi sedikit gambaran
kepada yang tertanya-tanya bagaimana kereapi dibawa.


--- 0 ---






DI KOC VIP

Satu lagi yang pengalaman yang tidak diduga
apabila ditakdirkan sesat di dalam koc VIP pada malam yang sama.


Siapa sangka sebalik turun dari melawat kepala keretapi
dan masuk semula ke dalam koc,
 ana sudah berapa
di dalam koc ini.




Rakan media yang lain juga ambil kesempatan untuk
bergambar kenangan setelah berpelung
berada di dalam koc yang sangat cantik ini.


Berada dalam koc ini
terasa bagaikan berada di dalam bilik sebuah rumah.
Ini disebabkan ada perabut, kerusi, tv...
Hiasan dinding yang cantik dan
hiasan lampu yang menarik.


Ana bersama Imman juga tidak melepaskan peluang untuk
merakamkan kenangan di koc VIP ini.


Malam sudah larut
akhirnya kami terlena juga.
Lihatlah macam-macam gaya kami tidur...
Apa yang penting dapat meleapkan mata walaupun sebentar.




Kemudian kami dikejutkan untuk bersahur pula.


Keretapi terus membelah dingin subuh.
Selepas solat Subuh kami tidak mengawal mata
untuk berjaga terus kerana tersangat mengantuk.
Kami bagaikan dibuai
mengikut gerakan keretapi kekiri dan kekanan.
Membuatkan
kami semakin lena diulit mimpi sekali lagi.
Sehingga terlupa
“Mewarisi kepapaan tidur selepas Subuh.”
(*_*)


Baca seteusnya limpahan kenangan
Ana bersama
 “Program Melancung Sambil Beramal  Buraq Oil”
di Kedah pula...
Insya-Allah.