Sunday, January 30, 2011

Happy Anniversary

16 Disembar 2010 :
Genaplah 25 tahun 
ana melayari bahtera rumahtangga
bersama abang haji
Mohd Nor Rafuzi bin Ahmad Razali.




Terima kasih Kakak...
 sediakan kek ini untuk ummi dan walid.



Mmmm.... memang sedap Chess Kek ni
Terima kasih daun keladi
Lain tahun buat lagi.

Saturday, January 29, 2011

Sambung Belajar di Politeknik PD....


14 Disember 2010
Pagi-pagi lagi sudah bertolak ke PD
sebab hari ini anak ana yang ke tiga
mula mendaftar masuk Politeknik Port Dickson.
Dulu
Syakilah belajar di Politeknik Sultan Idris Shah
di Sabak Bernam.
Oleh kerana kos yang dia ambil dulu
(Kursus Pengurusan Data) 
sudah tidak ada lagi...
jadi kini dia memohon pula kursus akaun pula.
Tak kisahlah ambil kos apa pun
janji dia nak belajar lagi.



Syukur sangat sebab diterima masuk belajar semula setelah membuat rayuan dan rayuan.
Jika diikutkan tarikh mula dipanggil untuk mendaftar adalah 2 Disember 2011.
Mengalabah juga ana sebab langsung tidak ada apa-apa persiapan,
borang terima tawaran tak pos lagi
borang kemasukan tak urus tandatanggan pegawai
yuran tidak dibank in
pemeriksaan kesihatan  tak buat
barang keperluan asrama tak beli lagi.
Semuanya kena urus dalam masa dua hari bekerja.
Manalah sempat.
Tambahan pula abang haji tak balik ke Malaysia lagi.
Hai! Siapa pulak nak tolong hantar ke PD.
Akhirnya...
Call politeknik minta tangguh
Alhamdulillah dapatlah pula.
Pihak poli minta tunggu sehingga surat tawaran dikembalikan.
Ok la tu...
Bermakna sempatlah abang haji balik ke Malaysia.



Rasanya pada hari tu Syakilah seorang je yang datang mendaftar
sebabnya
yang lain sudah lama masuk dan sudah belajar pun.





Antara undang-undang yang perlu dipatuhi di Politeknik PD.



Ok Kak Lang... belajar dan belajar sungguh-sungguh ya.




Mendaftar sudah selesai...
tibalah masanya untuk mandi laut pula
di pantai di Teluk Kemang.



Seronoknya dapat mandi laut...



Lompat! Lompattt! Lompattttt!



Dua beranak ni menari ke?



Melompat pulak....
Senaman juga namanya tu.



Menghirup udara segar...



....sambil menikmati pandangan yang indah.



Kita minum dulu...



Jalan-jalan je...



Inilah Syakilah... panggil Kak Lang je.



Semua pakat tak mahu mandi dan main pasir je la nampaknya.



Ini Siti Juwairiah... panggil Kak Teh.




Nampak sopan sekali.
Anak siapa la tu.....



Peace :)



Satu... Dua... Tiga.....


Senyummmm....





Ummu Asilah... panggil Atam je.



Ada gaya....



Kenapa Ucu tak mandi? Selalunya  pantang nampak laut...




Oooo.... dah pandai mengusik kakak dia  ya...



Bersama kekasih hati...




Ketika ni Nurul dan Imah tak dapat ikut sekali
sebabnya...
Cuti tahunan Nurul dah habis.
Imah pula tengah menghadapi peperiksaan SPM.
Lain kali kalau hantar Kak Lang balik poli kita singgah lagi ok.
Insya-Allah.


Wednesday, January 26, 2011

Sajak Hujan...


Alhamdulillah.. syukur 
Hujan membawa rahmat
Turunnya  dibumi fana
Menyirami pohon-pohon dihalaman
Mercup tumbuh segar
Kehijuan kembali
Yang  dulu terkulai kekeringan
Dek  ketandusan dan kegersangan  bumi.




Hujan...
Kelembutan sifatmu juga
Susah untuk dijangka
Kerna adakalanya bisa
Memusnahkan seluruh alam
Dengan sekelip mata
Sebagai pengajaran  buat  manusia yang alpa.




Sesungguhnya
Setiap kali hujan turun
Selalu memberi inspirasi dan ketenangan
Disebalik rindu yang kembali menghangat
Basahilah hatiku dengan zikrullah pelembut hati
Agar rohaniku bercahaya dengan penyuluh petujuk-Nya
Terimalah doa hamba-Mu ini Ya Rabbi.


Cetusan rasa:
Shamsiah Puad
Jumaat (10 Disember 2010)
Di Felda Siantan, Jengka , Pahang.

Saturday, January 22, 2011

Selamat Bertunang Imah...

11 Disember 2010
Dari Pahang terus ke Kuala Kubu pula.
Hari ini merupakan sangat bermakna buat
Sanimah binti Hamzah
kerana hari pertunangannya.




Mmmm.... manis sekali.



Itu dia rombongan lelaki datang dari Pahang.
Pak Su wakil daripada pihak perempuan untuk bercakap.



Apabila sudah setuju
cincin pun disarungkan
sebagai tanda sudah ada yang berpunya.



Maka terjalinlah
ikatan pertunangan.




Tarikh perkahwinan tidak ditetapkan lagi.
Insya-Allah akan diberitahu kemudian.



Antara hantaran daripada pihak lelaki dan perempuan.



Alhamdulillah.... selesai sudah majlis pertunangan.
Setelah itu meraikan ulang tahun
Pak Ngah, cucu Pak Ngah (anak Kak Long) dan  Aqilah (anak Maksu).

"Allah selamatkan kamu 2x
Allah selamatkan kamu semua...
Allah selamatkan kamu."



Alhamdulillah... dapat hadiah daripada Amirah.



..... daripada Nojie.



Bergambar beramai-ramai.



Makanlah ya.... jangan malu-malu. 
Buat macam rumah sendiri.



Sekarang sesi potong kek hantaran....



... dan buka bungkusan hantaran yang diterima.



Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang 
antara orang yang ditua-tuakan.



Jemputlah makan....



Shafiq Hamzah bersama Mak Lang Zabibah.



Apa yang seronok sangat tu?



Inilah abang haji... yang baru seminggu balik dari Mekkah.



Mak Jang Fauziah.



Mak Su Rahimah.



Sabariah Puad



Hasnita bersama anak Rohaiza.



Syakilah bersama Wan Ngahnya.



Itu dia Ida dan Mak Teh pun ada juga




Semuanya sedang tekun mendengar Pak Su cakap.
Apalah yang disembangkan oleh Pak Su tu?



Hujung sekali tu suami Ida....



Haaa... Mak Dak pun datang juga.
"Kenapa ditengok aje kek tu... makanlah".



Ini dia anak ana.... Nurul, Asilah, Jue dan Syakilah.




Alhamdulillah... ini dia penyelamat keadaan.
Terima kasih sangat.
Nak tahu kenapa?
Pada dua hari lepas Syakilah anak ana dapat panggilan
masuk politeknik pada hari Selasa depan.
Kelam kabut dibuanya... sebab dapat panggilan hari khamis petang.
Hari Jumaat pergi ke Bandar Pusat Jengka, Pahang
untuk membuat pemeriksaan kesihatan
(salah satu syarat untuk masuk politeknik).
Petang tu pergi cari penghulu kampung dan pegawai felda
 untuk tanda tangan borang kemasukkan...
semuanya tiada.
Oleh kerana tu... sebelum datang rumah Pak Ngah tadi
kami telah singgah balai polis untuk mendapatkan tanda tangan pegawai...
 pun tak ada juga.
Sebab  hari Sabtu...
polis yang berjawatan pegawai tak datang pejabat.
Jadi terpaksa pasrah....
dan kena cari kat tempat sendiri di Saujana Utama, Sungai Buluh.
Walaupun sudah tahu ada masaalah
sebab ketua di tempat ana tinggal ni baru je berpindah ke Kuala Selangor.
Ketika dirumah Pak Ngah...
 apabila nampak suami Ida terus je Syakilah bertanya
samada boleh tanda tangan atau tidak.
Alhamdulillah boleh
dan dia juga ada membawa cop sekali.
Terima kasih Tuan Penghulu bahagian Rawang.
Terima kasih 3x.




Mak Ngah sudah bersedia dipintu untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir.



Nojie yang kuat semangatnya...
Walaupun tidak sihat dan masih dalam pemerhatian doktor kerana sakit,
namun tetap menghadirkan diri.
Semoga Nojie cepat sembuh.



Ala... tomel-tomelnya  anak dara Yan dan Emy ni.


Ni orang Kedah.... Isteri dan anak kepada Shah Rul Hamzah.



Anak ana (Firdaus) bersama anak Nojie.



Anak bongsu Sohana dan anak Kak Teh (Sabariah).



Majlis sudah selesai... makan pun sudah.
Masing-massing sedang beramah mesra dengan saudara mara.
Maklumlah sudah lama tak jumpa. 



Nurul sedang melayan budak-budak main congkak....



Fuyoooo... Batrisya pandai main ya.



Loohhhh! Main cam mana ni...



Aqilah pulak jalan...



Batrisya jalan lagi ya...



Ini anak Yan.... cucu Pak Ngah.



Ini anak Nurul.... cucu Mak Dak.




Lagi cucu pak Ngah...



Okay nak balik dah...



Anak-anak bujang ni baru balik daripada solat di surau yang berdekatan.



Di hadapan rumah Pak Ngah...



Sempat lagi bergambar dengan Pak Su...


Nampaknya ada orang booking Pak Su untuk bulai Julai 2011.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu..... siapa agaknya.




JOM TENGOK GUBAHAN HANTARAN YANG DITERIMA OLEH SANIMAH