Wednesday, March 17, 2010

Kisah Benar: "Kenapa Tuhan buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?"



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung… Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel,ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diujikat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, makabukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "


Sumber:
pang5 silat

Wednesday, March 10, 2010

Asalnya cecair kemudian membentuk lembaga...

Asalnya adalah cecair jernih dan kuning, kemudian terbit pula urat-urat merah dan menjadi bentuk lembaga. Selepas itu muncul pula bulu, paruh, mata, kaki dan sebagainya.
Cuba kita renung dan fikirkan, segala kejadian alam semesta dan keagungan Allah yang Maha mencipta. Akhirnya kita akan kembali memikirkan kejadian diri kita sendiri.
Kita tercipta daripada ibu bapa kita dan sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu sahaja kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Semoga paparan ini akan membuat kita berfikir tentang segala kejadian yang Allah tetapkan. Justeru dengan itu, kita akan merasai betapa Maha Hebat dan Maha Berkuasa nya ALLAH SWT, Robbul ‘aalamin.
.























Sumber: eatnineghost.com

Awas! Sarang Jutaan Jenis Bakteria


Sudah tentu anda akan berasa kecil hati... Lagi yang lebih memalukan apabila ada yang buat-buat muntah dan berkata, “Wekkk! Busuknya bau mulut dia”.
Masalah mulut atau nafas berbau dikenali juga sebagai halitosis. Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin jutaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.


Memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah bau mulut ialah:
Menggosok gigi
Sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Minum teh
Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.
Penggunaan herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

Belajar mengawal tekanan


Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.
Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Sunday, March 7, 2010

Bambgoo - Kereta Ekologi Jepun

Kebiasaannya buluh dijadikan anyaman seperti bakul, dulang, nyiru, tudung saji, rakit, tabung dan banyak lagi. Sebuah syarikat, Venture Business Laboratory, Universiti Kyoto, Jepun, telah membangunkan rekaan kereta yang berbentuk mesra alam diperbuat daripada buluh. Kereta konsep ekologi ini adalah 270 cm, 130 cm lebar, tinggi 165 cm dan berat hanya 60 kg. Kereta ini selamat dibawa jika anda hendak memandu sejauh 50 kilometer dalam satu masa. Itulah istimewanya kereta yang dikenali Bambgoo, yang mana tubuhnya diperbuat daripada buluh. Jika ke Jepun jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya dan anda juga boleh mencuba membawa Bambgoo.




Friday, March 5, 2010

Panasss! Panasss! Panasss!

Panasss! Panasss! Panasss... begitulah keadaannya semenjak kebelakangan ini. Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda seluruh negara. Cuaca panas terik disusuli kemarau yang mengeringkan sungai-sungai dan juga sawah terutama negeri-negeri sebelah utara. Di kawasan selatan dan pantai timur juga turut mengalami keadaan yang sama. Bahang panas tetap terasa sekali pun selepas hujan turun untuk seketika.






Suhu yang dicatatkan pada 1 hingga 23 Februari lalu menunjukkan antara 34oC hingga 36oC. Sedangkan purata suhu negara ini adalah sekitar 28oC hingga 33oC.
Rekod suhu paling tinggi pernah dicatatkan di negara ini pada 9 April 1998 di Chuping, Perlis ialah 40.1oC iaitu ketika fenomena El Nino melanda.



Sementara itu, suhu maksimum juga pernah dicatatkan ditempat yang sama, Chuping dan Pulau Langkawi pada 21 dan 26 Februari 1998 dengan suhu 38.6oC.
Sepanjang tempoh 1 hingga 23 Februari lalu juga, bacaan di 26 daripada 35 stesen meteorologi di seluruh negara menunjukkan hujan turun kurang daripada paras sederhana, empat stesen pula pada paras sederhana dan hanya lima melebihi paras itu.
Kawasan yang menerima hujan rendah adalah Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, Sabah (semua bahagian) dan Sarawak (Miri, Bintulu dan Limbang).


Terdapat tiga peringkat HRI berlaku iaitu:
1. Kejang akibat kepanasan (heat cramps)
  • Sakit otot di bahagian abdomen, tengan dan kaki yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berterusan.
  • Badan tidak berpeluh ketika melakukan aktiviti berat yang berterusan menyebabkan anda terdedah kepada heat cramps.
  • Perpeluhan melampau hingga menyebabkan garam dan cecair dalam badan kehabisan, menyebabkan paras garam rendah dalam otot.
  • Heat cramps juga merupakan contoh lesu akibat kepanasan (heat exhaustion).
2. Lesu akibat panas (heat exhaustion)




  • Bentuk ringan HRI yang boleh berlaku akibat beberapa hari terdedah kepada suhu tinggi dan tidak mendapat keseimbangan cecair dalam badan.
  • Mereka yang berusia dan mempunyai tekanan darah tinggi serta berkerja atau bersukan di bawah terik mentari lebih terdedah kepada masalah ini.
  • Tanda-tanda adalah berpeluh melampau, pucat, kejang otot, keletihan, lemah tubuh badan, pening-pening, sakit kepala, muntah, mabuk dan pengsan.
  • Lain-lain simptom berkaitan - kulit sejuk dan lembap, denyutan lemah atau laju, pernafasan lemah atau terlalu laju.
Jika mengalami lesu akibat panas, sila ambil langkah ini:





  • Minum air kosong, jus buah-buahan atau minuman isotonik.
  • Rehat dalam kawasan pendingin hawa.
  • Mandi atau berendam dalam air.
  • Pakai pakaian nipis
3. Strok panas (heat stroke)
Keadaan paling teruk bagi HRI. Biasanya disebabkan bersukan atau kerja berat di kawasan panas ditambah dengan cecair yang kurang dalam tubuh badan. Tanda-tanda mengalami heat strok:


  • Suhu badan terlalu tinggi (melebihi 40oC boleh menyebabkan pengsan)
  • Kulit menjadi merah, panas dan kering (tiada peluh)
  • Nadi kuat dan laju
  • Kepala berdenyut-denyut
  • Pening-pening, muntah, keliru, tidak sedar diri.






Kanak-kanak, orang tua, individu obes dan individu yang kurang berpeluh (akibat keturunan) berisiko tinggi mengalami masalah ini.
Bagi atlet yang mengalami keadaan ini di padang, tiba-tiba mereka hilang kawalan diri dan tidak memahami permainan. Atlet itu tidak sedar dia sedang mengalami keadaan strok panas, simptom hanya boleh dilihat oleh orang di sekelilingnya.
Rawatan strok panas:
Seandainya sukar untuk merendamkan mangsa dalam air sejuk gunakan kaedah ini:
  • Mandikan mangsa dengan air sejuk
  • Renjis air sejuk pada mangsa menggunakan pam air taman
  • Span mangsa dengan air sejuk
  • Letakkan beg ais pada leher, ketiak dan kawasan sulit.
  • Jika kelembapan rendah, balut mangsa dengan selimut basah dan sejuk dan kipas.






Perhatikan suhu badan dan teruskan proses penyejukan hingga suhu badan menurun kepada 36oC atau 37oC (mangsa perlu dikeluarkan daripada air untuk menghalang penyejukan lampau apabila suhu stabil).
  • Jika mangsa sedar, beri dia minum air sejuk
  • Pesakit perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian doktor sekali pun rawatan di padang berjaya.
Ruam panas
Satu lagi penyakit yang sangat sinonim dengan cuaca panas. Ia terjadi akibat pendedahan kepada suhu yang panas secara berterusan. Juga disebut miliaria. Masalah seperti urtikaria (gatal-gatal) dan tidak berpeluh juga termasuk sebagai ruam panas. Biasa berlaku ketika musim panas terutama jika kelembapan tinggi. Keadaan ini boleh berlanjutan berhari-hari jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan profesional andai peringkat serius.
Jenis-jenis ruam panas







  • Jernih (miliaria kristalina)
  • Putih/ kuning (miliaria pustulosa)
  • Merah (miliaria rubra)
  • Dalam (miliaria profunda)
Risiko ruam panas
Semua orang terdedah kepada ruam panas. Namun mereka yang lebih terdedah kepada masalah ini adalah:
  • bayi
  • kanak-kanak berumur di bawah empat tahun
  • atlet atau individu yang berkerja di kawasan panas atau terik matahari
  • obesiti
  • pesakit yang sukar bergerak (bed ridden)
  • individu yang kurang atau tidak berpeluh secara kongenital (keturunan)
  • pekerja ketenteraan
Punca
Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit.
Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas.
Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.
Simptom
Ruam panas biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil dalam jumlah yang banyak di bahagian folikel bulu roma. Di sesetengah kawasan, ia mungkin berwarna merah atau merah jambu.
Lebih teruk, ruam panas boleh menyebabkan iritasi teruk dan muncul tompok-tompok merah lebih besar dan gatal-gatal.
Sesetengah individu mengalami ruam panas sangat gatal dan sesetengah pula tiada kesan tertentu.
Kawasan yang sering terjadi ruam panas adalah muka, leher, belakang, abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung.
Rawatan profesional





Kebanyakan kes ruam panas pulih dengan sendiri tanpa rawatan doktor. Ruam panas yang berpanjangan perlu didiagnos melalui karakter kulit dan sejarah ruam sebelum ini. Ruam yang teruk memerlukan ujian mikroskopik atau biopsi kulit. Lain-lain ujian yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan sama ada jangkitan bakteria, ekzema atau jangkitan kulat.
Penjagaan sendiri di rumah
Kebanyakan ruam panas boleh pulih tanpa rawatan. Sesetengah kes pulih sehari selepas bertukar kepada kawasan yang lebih sejuk.
Langkah untuk penjagaan ruam panas:
1. Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. kemudian bilas dengan air dan kringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.
2. Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).
3. Mandi atau berendam dalam air sejuk.







4. Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.
5. Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.
6. Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).
7. Gunakan ubat niacin.
Cara mengelak ruam panas





  • Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.
  • Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.
  • Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.
  • Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.
  • Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.
Faktor yang memburukkan ruam panas
  • kelembapan tinggi
  • Suhu tinggi
  • Aktiviti jakuzi, sauna dan bilik stim.



  • demam
  • selaran matahari (sunburn)
  • berpeluh kerap atau hiperhidrosis
  • pakaian yang ketat dan fabrik tidak mesra pengaliran udara
Rujukan:Utusan Malaysia - 28 Februari 2010 / 14 Rabiul Awal 1431
28 Februari 2010 / 14 Rabiul Awal 1431