Tuesday, June 16, 2009

Apa Kata Tuan Haji Mohd Taufik Haji Osman (Pengerusi PAKHS)


"Pada suatu masa dahulu masyarakat Kerinchi merupakan sekumpulan masyarakat yang disegani, dihormati, gagah, kuat berusaha, kaya mempunyai banyak tanah yang di terokai sendiri dimerata-rata negeri, ternama serta yang rapat dengan golongan istana raja-raja Melayu.
Tanpa nenek moyang kita itu bukan sahaja tiada kita di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiadalah wujudnya Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Bukit Nenas, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia.

Tidakkah kita terasa berasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan setakat tanah dan pulau tetapi juga keterunannya.

Marilah kita bersama-sama bersatu hati meghidupkan kembali keagungan masyarakat Kerinchi dari segi ekonomi, pendidikan, social, rohani, kebudayaan, kebajikan dan sebagainya.
Budaya mementing diri sendiri dan budaya `engkau-engkau aku-aku’ sudah lama berlalu pergi.

Kini zaman telah berubah, segala sumpahan seperti sumpahan Mahsuri juga telah berakhir. Mudah-mudahan dengan tertubuhnya PERSATUAN ANAK KERINCHI HULU SELANGOR ini akan tertunailah satu impian dari suara masyarakat Kerinchi. Diharapkan ini menjadi titik permulaan dan semangat untuk masyarakt Kerinci di daerah lain seluruh Malaysia bangun menghidupkan kembali kemasyhuran serta keagungan masyarakat kerinci peninggalan nenek moyang kita.

Sekali lagi saya mohon, marilah kita berganding bahu melalui persatuan ini, kita bersama-sama menjayakan amanah dan cita-cita nenek moyang kita itu ibarat kata pepatah ` Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh’ dan `Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing’."



Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu

* Tuan Haji Mohd Taufik Haji Osman ini juga merupakan Pengurus Rumah Rehat Kuala Kubu Baharu.

Sesiapa yang berminat hendak menikmati suasana yang nyaman, tenang dan segar bolehlah menghubungi beliau di no tel: 03 6064 5510 atau Fax: 03 6064 5264

Pergilah bercuti secara bijak dan jimat yang hanya terdapat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Tempat ini merupakan satu-satunya pusat peranginan yang dikelilingi dengan kehijauan padang golf, gunung ganang dan hutan belukar. Ianya juga tidak tercemar dengan sebarang pencemaran udara dari kilang maupun kenderaan. Kedudukannya juga tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.


Kemudahan Tersedia

• Terdapat 12 bulah bilik penginapan berhawa dingin, televisyen, tandas. Mandian air panas & telefon.
• Surau
• Restoran

• Dewan seminar untuk 250 orang berhawa dingin.
• Bilik mesyuarat berhawa dingin.
• Bilik kursus berhawa dingin.

• Ruang untuk meletakkan kenderaan.
• Taman permainan kanak-kanak.

• Tempat pemanggang BBQ.
• Padang golf.


Perkhidmatan Lain

Selain dari menyediakan dewan untuk seminar, di Rumah Rehat ini juga ada menyediakan pakej untuk majlis seperti kenduri keluarga, majlis perkahwinan, tahlil arwah, berzanji, aqiqah, hari keluarga, majlis hari jadi dan berbagai lagi.

Monday, June 15, 2009

Sinar Harian 15 Jun 2009

Monday, June 1, 2009

BERSAMA Y.B. SENATOR DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN, TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

Serba sedikit tentang Dato’ Maznah binti Mazlan yang saya ingat:
Di lahirkan di Tanah Rata Cameron Highlands kerana ketika itu ayahanda beliau bekerja dengan askar British dan di tempatkan di Cameron Highlands.
Ibu beliau bernama Tumina binti Said adalah dari keturunan Jawa yang berasal daripada Bukit Gantang, Perak
Bapanya berasal daripada Sungkai, Perak dan keturunan Kerinchi. Mengikut salasilah keluarga sebelah bapa beliau  hanya tiga generasi sahaja beliau tahu;

"Mazlah bin Taib bin Haji Rasul"

“Ketika saya kecil, saya perhatikan Tok saya memang seorang yang alim. Sebelum Subuh Tok sudah bangun dan akan gerakkan semua orang dalam rumah tersebut untuk bersedia solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh, Tok akan berdoa, berzikir dan membaca al Quran sehinggalah pukul lapan pagi. Setelah itu barulah Tok akan ke kebun. Apabila musim buah-buahan memang saat-saat ditunggu-tunggukan oleh kami sekeluarga. Ini adalah disebabkan di Tanah Rata Cameron Highlands tidak ada buah-buahan tempatan dan banyak tanam sayur sahaja. Setiap kali musim buah-buahan ayah akan bawa kami sekeluarga ke kampung Sungkai, Perak untuk makan buah-buahan tempatan di kebun Tok. Tok selalu berkata “Makan puas-puas… bila naik Tanah Rata sudah tidak ada buah-buah begini,” cerita Dato’ Maznah dengan panjang lebar.

Suami Dato’?…. Tidak ingat siapa namanya, tetapi saya dengar Dato’ kata, bapa kepada suaminya adalah Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama. Kalau bergitu sudah tentulah Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein. Minta maaflah sekiranya tidak betul dan tersalah dengar. Sekian.

Monday, May 11, 2009

Khas Buat Ibu-Ibu Tersayang


Lagu ini aku tujukan khas buat ibu tersayang, terutama kepada Mak Ngah, Mak Lang, Mak Dak, Mak Jang, Mak Teh dan tidak lupa buat Mak Su. Kalianlah sebenarnya ibu-ibuku yang telah mendidik aku sedari kecil hingga dewasa. Terima kasih.