Friday, March 27, 2009

I Love..

Persembahan Dari Hati Jatuh Ke Hati

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga telah menghadirkan diri dalam Program Malam Sinar Maulidurrasul 1430 (MSM), anjuran Rabbani Productions di Stadium Melawati, Shah Alam. Dibandingkan Malam Sinar Maulidurrasul pertama yang telah diadakan pada tahun 2006, saya rasa program kali ini telah berjaya menyentuh hati saya dan mungkin juga para penonton yang lain. Antara artis yang membuat persembahan ialah Mawi, Ustaz Akhil Hayy, Amy Seacrh selain mengekalkan penampilan Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah.

Lagu Mentari Merah di Ufuk Timur oleh Amy Search bersama Kumpulan Rabbani. Lagu ini tersirat mesej agung. Cinta yang dimaksudkan bukan cinta untuk manusia tetapi cinta untuk Tuhan.
Teringat saya akan kata-kata Amy Search ketika ditemu bual oleh wartawan selepas beliau balik daripada Makkah dua tahun lalu.
“Apa peristiwa yang paling Amy ingat ketika di Makkah?”
Amy: Saya dengar suara saya sendiri menyanyikan lagu Mentari Merah di Ufuk Timur kala mendaki Gua Hira.


Persembahan Amy Search yang benar-benar telah menusuk ke kalbu.

Wednesday, March 18, 2009

Bersama Cut Panglima Putri - Aceh

Masih ingatkah peristiwa Tsunami yang telah berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu.
Cut Panglima Putri inilah diantara yang telah merakamkan peristiwa Tsunami yang dahsyat itu.
Kemudian hasil rakamannya telah diserahkan kepada Metro Tv untuk tontonan keseluruh dunia.
Tujuan Cut Panglima Putri datang ke Malaysia adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin pewakafan al-Quran untuk diberikan kepada seluruh rakyat dunia terutama di negara-negara yang ditimpa bencana termasuk Palestin. Ini adalah disebabkan kebanyakan bantuan yang diterima untuk mangsa Tsunami adalah dalam bentuk makanan, pakaian dan kain telekung tetapi tiada siapa di dunia ini mewakafkan al-Quran. Sedangkan al-Quran lah yang paling penting untuk meneguhkan jiwa mangsa Tsunami ketika itu. Hati Cut Panglima Putri ini benar-benar tersentuh ketika dia pergi ke masjid untuk baca al-Quran ternyata tak ada langsung al-Quran yang tinggal sebab telah dibawa arus Tsunami yang dahsyat. Oleh kerana itu dia telah menubuhkan Gerakan Mahabbah al-Quran pada tahun 2007. Untuk mengetahui pengalaman Cut Paglima Putri selanjutnya sila dapatkan ANIS Mei 2009.

Monday, March 16, 2009

Sinar Harian 16 Mac 2009

Tangkap Sayu Teringatkan Arwah Nenek

Minta maaflah kepada semua ahli keluarga sebab sudah lama saya tidak ngeblog. Ni nak cerita... baru-baru ni saya telah singgah di Pasar Kemboja di Sungai Buluh... singgah sebab kebetulan lalu ketika nak pergi kerja. Apa yang telah menarik perhatian saya ialah ketika melihat orang tua menjual sayur-sayur kampung. Entahlah tiba-tiba je teringatkan pada arwah nenek.Dulu nenek pun menjual sayur macam ni jugak... Yang boleh tangkap sayu tu bila teringatkan macamana gigihnya nenek dan sanggup menjunjung sayur di atas kepala dan berjalan sejauh tiga ke empat kilometer untuk menjualnya di pasar Kuala Kubu Baharu.Saya selalu juga ikut nenek kalau tidak sekolah.Nenek memang penyabar orangnya...sentiasa tersenyum melayan 1001 macam kerenah pelanggannya.
Dulu satu ikat sayur harganya dua puluh sen je. Sekarang dah seringgit seikat.Kalau nak tahu... antara sayur yang makcik ni jual ialah daun pucuk cili api. Sebenarnya saya baru je tahu daun pucuk cili api ni boleh dijadikan sayur dan sedap kalau masak lemak.

Yang bulat-bulat panjang dalam bakul tu ialah daging lembu yang telah dicincing dan dimasukkan ke dalam usus lembu... jadi macam sosejlah. Kalau hendak masak potong saja kat tempat ikatannya dan goreng di atas api yang perlahan.


Ni buah teratai.... buah ini boleh terus dimakan begitu saja. Sedap rasanya. Terdetik di hati saya... sebenarnya banyak benda yang saya tidak tahu rupanya di dunia ini. Begitu jugalah Ilmu Allah semakin dipelajari semakin terasa kejahilan diri dan terasa betapa kerdilnya diri ini.

Lebih kurang tiga ke empat hari kemudiannya.... ketika lalu di tempat yang sama juga, adalah orang jual buah teratai tu lagi. "Hissh...Kawan-kawan kat pejabat cakap buah teratai sedap rasanya. Aku kena beli dan rasa buah tu," detik hatiku. Jadi saya belilah dua ikat. Seikat seringgat. Seikat nak nak makan dengan kawan-kawan kat pejabat dan seikat lagi bawa balik bagi anak-anak rasa. Maklumlah tak pernah makan buah tu, jadi kenalah belajar cara memakannya dengan orang yang dah biasa makan.

Cara makan buah teratai;
Kepakkan buah teratai itu dan ambil biji-bijinya. Kemudian buang kulitnya yang berwarna hijau.

Selepas itu buang pula salaputnya yang berwarna putih. Jika tidak dibuang, akan terasa pahit.

Kalau rasa pahit lagi, buang dibahagian tengah biji yang berwarna hijau.

Ketika bagi kawan-kawan rasa buah ni.... ada seorang dua yang tidak tergamak hendak menjamahnya.Kata mereka ada sesuatu yang menakutkan. Kemudian mereka berceritalah bahawa mereka telah terbaca artikel mengenai bra dan gambar kesan memakainya.Kata mereka benda tu macam rupa buah teratai.

Inilah gambar yang dimaksudkan. Menurut kata mereka kisah ini berlaku di US. Orang tersebut telah membeli bra baru dan terus memakainya tanpa cuci terlebih dahulu. Mula-mula setelah memakai bra tersebut, dia berasa gatal-gatal. Kemudian dia pun sapukan ubat. Setelah dua ke tiga hari kemudian dia terkejut apabila melihat buah dadanya telah berulat. Setelah dibuat beberapa kajian, rupanya ulat tersebut adalah berpunca daripada bra yang telah dipakai. Rupanya bra yang baru ada semacam asid jugak la yang telah disemburkan agar bra tu tahan dan nampak sentiasa cantik serta berkilat warnanya(lebih kurang macam tu la.) Lama-kelamaan kesan semburan itu akan menyimpan hama. Oleh kerana itu, jika membeli bra baru, jangan lupa cucilah terlebih dahulu. Bukan bra sahaja.... pakaian pun begitu juga. Tambahan pula kalau beli pakaian terpakai. Sucikan dia dengan air mutlak agar sah dibawa solat. Amin.