Monday, August 18, 2008

Syakilah Belajar Kat PSIS

Pada awal Julai 2008, Syakilah telah mendaftar masuk ke Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam, Kuala Selangor.


Jauhnya politeknik ini lebih kurang:
160 km dari Kuala Lumpur
120 km dari Bandar Kelang
60 km dari Bandar Teluk Intan
30 km dari pekan Sungai Besar
25 km dari pekan Sabak Bernam


Ngah adik kepada ayah Mohd Nor pun ada gak masa tu sebab lepas ni kami nak antar dia kat umah adiknya kat Gugusan Lekir, Sitiawan, Perak.


Pemandangan dari bilik asrama Syakilah betul-betul mengadap laut Selat Melaka. Kat sini ada seorang meninggal dunia disebabkan bencana tsunami dulu.


Dalam bilik ni ada dua katil, dua almari dan dua meja. Memang selesa la untuk dua orang.


Ni kawannya yang duduk kat bilik depan. Tapi dah berlajar kat lain la pulak.


Kat sini la tempat mereka menyedai pakaian.

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina”.

Lukmanulhakim telah menasihati anaknya dengan katanya:
‘Wahai anakku, dudukiah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama
mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan
segala isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana
menyubur bumi dengan titisan hujan’.


Muaz bin Jabal pernah menegaskan:
"Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih,membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka".